Nota Editor: Ramadhan semakin meninggalkan kita, dan Aidilfitri semakin dekat menghampiri. Walaupun bersedih dengan peninggalan Ramadhan, tetapi dalam masa yang sama kita mengalu-alukan kedatangan Aidilfitri, hadiah hari kemenangan daripada Allah buat kita. Kami pasti anda sedang sibuk bersiap sedia untuk Aidilfitri yang akan tiba. Ikuti status menarik oleh Tuan Joe Najib, yang bermurah hati memberikan kebenaran untuk kami menerbitkannya semula di Vocket. Semoga ia menjentik sedikit minda dan hati dalam persoalan duit raya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Adakah RM1.00 terlalu sikit sebagai duit raya sekarang?” seseorang bertanya kepada saya.

Kadang kala saya terfikir, kenapa perlu bertanya. Adakah  takut reputasi terjejas, orang katakan anda cheapskate? Kedekut? Jaga imej?

Ada orang pula, tidak berapa berduit. Tetapi sebab nak “dipandang tinggi” punya pasal, sanggup beri lebih daripada kemampuan, sampaikan perbelanjaan rumah, anak dan isteri sangkut sebulan.

Kalau bertengkar, suami isteri sampai boleh bergaduh dan mengungkit, “Eh please, you ingat duit raya tu siapa yang sediakan? Duit saya tau!” Adakah berbaloi untuk sedemikian (beri duit raya berlebihan) sehingga bergaduh?

Duit raya tidak sepatutnya menyusahkan kita sebagai pemberi. Jangan melampaui batas hanya kerana mahu ‘jaga imej’, sehinggakan boleh ‘membahayakan’ hari yang sepatutnya menggembirakan.

Dan buat penerima, mengapa memberi tanggapan mengikut berapa yang dia (pemberi) beri? Pertamanya, dia tidak wajib memberikan duit raya. Dia beri kerana dia mahu, dan kerana dia mampu, BUKANNYA kerana dia perlu. Zakat fitrah adalah perkara wajib. Memberi duit raya, tidak. Lagipun, anda tidak tahu komitmen dan perbelanjaannya, dan mengapa dia berjimat-cermat. Tak payahlah buruk sangka.

“He’elleh. Singgit je!”

Hanya dengan kata-kata itu anda sudah mendapat dosa pertama di pagi Aidilfitri.

Jadi…

“Adakah RM1.00 terlalu sikit sebagai duit raya sekarang?”

Tidak. Ia bukan terlalu sikit. Dan tidak akan menjadi terlalu sikit.

Kerana, selagi ia ikhlas, ia mencukupi.

Dan kepada yang ‘berkira-kira’ berapa banyak anda terima – dengan keadaan ekonomi sekarang, dan berapa gaji pemberi dapat dalam sebulan, dan apa yang anda boleh buat (atau tidak boleh buat) dengan amaun itu – anda seorang yang judgmental dan tidak bersyukur. Lebih baik anda memberikannya kepada seseorang yang rela hati dan bersyukur menerimanya dengan dua belah tangan terbuka sambil perkataan “Alhamdulillah” dan “Terima Kasih” terucap daripada mulut mereka.

Semoga nota ini menjadi peringatan buat kita menjadi ikhlas sebagai pemberi dan ikhlas sebagai penerima.

BACA: Sebelum Meninggal Dunia, Anak Ini Sibuk Kira Duit Raya Kerana Satu Sebab

BACA Lagi: Isteri Tak Mahu Beraya Lama Di Rumah Mertua, Pandangan Ini Bakal Buat Suami Panas Punggung

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram