Ada banyak cara orang mahu mengenang kenangan mereka. Ada yang mengimbau kembali dengan pergi ke tempat kenangan manis seperti Zara Batrisya lakonan Mira Filzah kembali ke tempat berbulan madu mereka setelah merajuk dengan sang suami yang mahu berkahwin dua di dalam drama Cinta Si Wedding Planner pada minggu lepas.

Ini ending episod latest yang sempat saya compile-kan via smartphone:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/BBq565TocKN/?taken-by=diyanaar

Eh! Back to real story. Sebenarnya saya teruja untuk kongsikan tentang cara seorang pemuda ini simpan dan mengimbau kenangan dia dengan rumah lama keluarganya dengan anda semua. Sebab dulu pun saya suka main games ini dan tak sangka ia boleh dibuat jadi begini sekali.

Kenangan rumah lama yang sempat saya map-kan dalam game Counter Strike (CS) sebelum (ia) dirobohkan. Jalan-jalan dalam rumah ini sambil dengar lagu “Adagio in C minor”. Banyak kenangan di sini masa kecil-kecil dulu. Huhu.

Itulah status yang telah dia kongsikan di satu Facebook Group yang popular berkaitan grafik. Dia ialah Aiman Azhar atau nama sebenarnya Muhammad Aiman bin Azhar, 21 tahun. Dia sertakan gambar-gambar pemetaan itu bersama status tersebut telah membuatkan saya mahu menemubual dia semasa saya dalam perjalanan ke Cherating, Pahang kelmarin.

CS1

Aiman Azhar masih seorang pelajar di Kolej YPJ Ungku Mohsin (Johor Skill Technical College) di Johor Bahru, Johor dalam jurusan multimedia. Menurut Aiman, rumah itu adalah rumah keluarga ibunya. Disitulah ibunya membesar dan dia sempat merasai suasana di rumah tersebut.

Rumah itu rumah family mak saya membesar. Dulu rumah tu asrama. Rumah tu dekat Muar, dekat dengan area stadium Muar.

CS01

Saya teringin nak tengok gambar asal rumah lama ini. Aiman kata gambar itu ada tapi di dalam komputer di rumahnya. Jadi, saya akan update kemudian setelah Aiman mendapatkan gambar itu dari keluarganya.

Buat pengetahuan anda, rumah itu dirobohkan pada 2012 kerana ia terlalu usang. Aiman turut bercerita secara ringkas tentang bagaimana dia boleh memetakan rumah itu sebagai peta CS.

Aiman menggunakan software ‘Valve Hammer’ untuk buat peta ini. Ia sesuai untuk peta Counter Strike 1.6. Dia menyatakan agak susah juga buat pemetaan ini sebab banyak kali keluar error untuk compile map. Jadi, buat map ini telah mengambil masa sebulan untuk disiapkan.

Apa yang telah Aiman buat ialah menggantikan teksture pemetaan dengan gambar-gambar rumah lama tersebut sebagai teksture peta yang baru. Aiman akan crop-kan teksture yang dia mahukan dan memperbetulkan geometri. Maka, prosesnya bukan sekadar mengambil gambar sebenar dan tukar jadikan ia macam gambar lukisan.

Lebih menarik apabila saya dapat tahu, Aiman belajar sendiri dan dia juga beruntung kerana mempunyai dua orang abang yang meminati bidang yang sama.

Awal-awal saya belajar dengan abang saya. Saya ada dua abang. Yang pertama jurusan multimedia, yang kedua programming.

Aiman mula meminati multimedia dan pemetaan CS ini selepas melihat abang-abangnya membuat peta CS semasa dia masih kecil.

Masa tu saya pun mula tertarik nak buat juga. Tapi banyak map yang tak jadi. Tapi lama-lama saya cuba improve.

Peta-peta CS yang dibuat adalah untuk kegunaan sendiri, untuk seronok-seronok sendiri sahaja dan ia belum pernah publish di mana-mana website lagi.

Ini rumah lama keluarga ibu Aiman Azhar yang telah dipetakan olehnya di dalam Counter Strike.

CS02

CS03

CS04

CS05

CS06

CS07

CS08

CS09

CS10

CS11

CS12

CS01

CS13

CS14

CS15