Seorang pengguna Facebook Khairul Fikri membuat permohonan maaf kepada umum selepas menuduh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah mempunyai kaitan hubungan keluarga dengan Siti Bainun Ahd Razali, pengasas Rumah Bonda yang sekarang sedang didakwa dengan tuduhan penderaan kanak-kanak.

Dalam catatan di Facebook, Khairul mendakwa bahawa ayah kepada Bainun adalah bekas Menteri Besar Selangor dan mempunyai kaitan hubungan dengan Tun Mahathir.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain Khairul, seorang lagi pengguna Facebook dengan nama Hafiz Noor turut membuat dakwaan yang sama.

Tuduhan melulu tanpa usul periksa itu mendapat perhatian Facebook Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamad yang kemudiannya menyelar tindakan lelaki terbabit.

“Diminta akaun facebook bernama Khairul Fikri dan Hafiz Noor yang memfitnah keluarga Tun Siti Hasmah tampil buat permohonan maaf.

Mengaitkan seseorang yang tidak tahu asal usulnya hanya kerana hujung nama sama bukanlah membuktikan saling kaitan dengan keluarga.

Sememangnya adik Bella perlu mendapat pengadilan sewajarnya. Namun perbuatan mengaitkan seseorang dengan tujuan membina persepsi buruk amatlah jijik dan kotor,” katanya.

Tidak lama selepas tular, Khairul membuat kenyataan maaf di atas tuduhan yang tidak berasas, manakala Hafiz Noor masih berdiam diri.

“Saya Khairul Fikri Mohd Khan dengan ini, memohan maaf kepada Tun M Dan keluarganya atas posting saya sebelum ini. Saya akui kegagalan saya mendapatkan info yang betul menjadi punca kesilapan Saya.

“Saya mohon Tun M dan family memaafkan Saya atas kesilapan itu. Untuk makluman, Siti Bainun tiada kaitan dgn keluarga Tun Siti Hasmah. Dia membesar di kawasan flat, bukan dari golongan vvip.

“Sekali lagi Saya mohon maaf atas kelemahan Saya,” katanya.

Sebelum ini, pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan di sebuah kondominium di Wangsa Maju, antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan terhadapnya adalah mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Che Puan Khaleeda ikrar mahu bantu tuntut keadilan untuk Bella. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Che Puan Khaleeda Ikrar Mahu Bantu Tuntut Keadilan Untuk Bella

Selepas ‘Diseru’ TMJ, Datuk Seri Rina Harun Tampil Bersuara Isu Bella

TMJ Tawar Khidmat Peguam Percuma Jalankan Arahan Memerhati Kes Penderaan Bella