Bangun seawal 5 pagi mungkin selalu kita dengar dan amalkan di Malaysia ini. Apa yang mengejutkan adalah lelaki ini iaitu pengasas kepada syarikat NextDesk ini berjaya untuk bangun seawal 3.30 pagi secara konsisten setiap hari.

Pengasas syarikat ini, Dan Lee juga berkongsi 4 tabiat yang beliau lakukan sebelum mulakan memulakan kerja di pejabat.

S10
HYPE
Rakam Video Dan Terus Sunting, Ini Kelebihan Samsung Galaxy Note10 Untuk Anda Yang ‘On The Go’
Baca lagi →
  1. Banyakkan minum air.

GTY_man_drinking_water_jef_130911_16x9_992

Perkara ini mungkin nampak seperti mudah tetapi tahukah anda Dan Lee setiap hari akan meminum sekitar 2 liter air selepas bangun dari tidur dan diteruskan dengan 2 cawan kopi.

2. Bermain bersama haiwan peliharaannya

Setiap hari, Dan Lee akan bermain bersama anjing kesayangannya. Perkara ini nampaknya bukan sesuatu yang asing buat pengasas syarikat besar memandangkan pengasas syarikat Reddit iaitu Alexis Ohanian juga melakukan perkara yang sama buat kucingnya.

3. Membaca

Sekitar jam 4.15 pagi, Dan Lee akan memulakan rutin hariannya dengan membaca sebuah buku dan memperuntukkan masa sejam untuk aktiviti ini.

4. Pergi ke gym

Pada jam 5.15 pagi Lee akan mula beriadah di gym beliau selama satu jam dan berkongsi rutin yang sama bersama CEO Vodafone dan Apple.

Itu sahaja yang beliau lakukan sebelum memulakan rutin harian ke pejabat untuk memulakan kerja.

Dan Lee juga berkongsi 4 tips untuk memulakan hari anda dengan lebih awal.

sleep-disturbances-men-vs-women-3

  • Anda tidak perlu tidur awal. “Apa yang saya percaya adalah kita cuma perlu tidur apabila badan terlalu letih sahaja”
  • Tuliskan apa matlamat anda. “Sebelum tidur saya akan tuliskan apa yang saya akan lakukan untuk hari esok. Anda akan dapati otak anda akan lebih bersedia untuk bekerja pada hari esok
  • Kekal konsisten. Badan anda akan mula menjadi biasa setelah anda konsisten dengan rutin baru anda ini.
  • Bangun awal tidak menjadikan anda seseorang, apa yang anda lakukan menentukan siapa anda. Ramai yang tersilap dengan mengagap orang berjaya akan bangun awal, tetapi yang sebenarnya adalah tindakan yang dilakukan oleh orang berjaya yang lebih penting.

 

Anda Mungkin Suka