Seorang lelaki berusia 38 tahun memutuskan untuk meninggalkan kariernya sebagai seorang pengurus bank bagi mengejar impiannya sebagai seorang petani dengan kehidupan yang sederhana.

Sejak kecil lagi Kenny Soon We Hong telah memasang impian untuk hidup dalam keadaan sederhana dan berbakti kepada tanah. Namun dia sedar untuk mencapai impiannya, dia memerlukan wang yang banyak dan pengalaman hidup yang besar.

Oleh itu, pada usia 30 tahun, dia akhirnya memutuskan untuk meninggalkan pekerjaan sebagai seorang pengurus bank dengan gaji lima angka bagi memulakan kehidupan baharu sebagai seorang petani.

66c0

Jalannya tidak mudah, dia mula bertatih belajar mengenai pertanian dan menuntut ilmu dengan menghadiri kursus yang dikendalikan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Dia juga berusaha untuk membina kenalan dalam bidang industri pertanian.

Dan kini, setelah hampir lapan tahun dia meninggalkan kerjanya sebagai pengurus bank dan mengejar impiannya sebagai seorang petani, semuanya sudah mula membuahkan hasil.

Soon kini mempunyai perniagaan bernama Eden Eco Farm, yang merangkumi tanah seluas 2.8 hektar di Muar. Di tanahnya kini mempunyai 2,000 pokok pisang, 450 pokok kelapa, 150 kambing dan ratusan ayam serta itik. Dia bahagian lain pula, dia menanam pelbagai jenis buah dan sayur-sayuran.

0e52

Ladangnya turut dijaga oleh ayahnya dan dua pekerja yang lain. Ketika waktu lapang, anak-anaknya akan datang untuk membantu dan mempelajari ilmu mengenai pertanian.

“Saya merasa lebih bahagia, lebih sihat, dan puas dengan kehidupan saya sekarang – saya dapat melakukan sesuatu yang saya suka, menghabiskan lebih banyak masa dengan keluarga, dan lebih dekat dengan alam semula jadi,” katanya.

Terdahulu, seorang wanita nekad berhenti kerja sebagai seorang ‘designer’ untuk menjadi petani di kampung. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Nekad Berhenti Kerja ‘Designer’, Gadis Ini Kini Gembira Jadi Petani Di Kampung

Daripada Pendapatan Enam Angka Kepada ‘Rider’ FoodPanda, Lelaki Ini Terpaksa Tukar Kerjaya Untuk Teruskan Hidup