Saat ini negara kita mengambil langkah menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan bagi memutuskan rantaian penyebaran wabak COVID-19. Berikutan itu, ramai terkesan dan kehilangan mata pencarian serta ada juga yang diberhentikan kerja.

Semalam kecoh di media sosial apabila seorang lelaki nekad untuk balik Kelantan dari Kuala Lumpur dengan berjalan kaki. Jika kita menaiki kenderaan sudah terasa jauh, bayangkan lelaki tersebut berjalan kaki.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

Menerusi perkongsian Sara Anisa yang merupakan isteri kepada lelaki tersebut, Matnoe Poksu Din mengatakan suaminya membuat keputusan tersebut selepas tiada pekerjaan dan dihalau oleh majikan dari rumah sewa miliknya.

Suami aku wat kijo gilo.. jalan kaki balik kampung.. loni otw ke gerik. gilo palo mikir.. duk KL pun xdok kijo jgok, duit pun xdok nok wat makan.. jadi keputusan dio, jalan kaki nok balik dumoh..😭😭😭..

Posted by Sara Anisa on Sunday, 26 April 2020

Difahamkan, suaminya dikatakan dalam perjalanan ke Gerik dan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan memakan masa lebih kurang 4 hari. Faktor kewangan untuk teruskan hidup di Kuala Lumpur turut mendorong suaminya untuk pulang ke kampung halaman.

Menurut Matnoe Poksu Din, dia tekad untuk berjalan kaki selepas tiada tiket bas yang dijual di stesen bas. Malah, dia sudah berasa tertekan memikirkan perkara ini selepas tiada tempat berlindung lagi.

INSYAALLAH DUIT UNTUK AMBO MAKAN MASIH CUKUP !! XPERLUKAN BANTUAN KEWANGAN SEBAB BAS XDOK XLEH NOK BELI TIKET !!#PDRM#ATM

Posted by Matnoe Poksu Din on Sunday, 26 April 2020

Screenshot-2020-04-27-at-9.06.49-PM

Malah, dia juga berkongsi video sepanjang perjalanannya menerusi Facebook dan berhenti berehat di RTC Gopeng selepas mengharungi beberapa jam perjalanan untuk mengecas telefon bimbit dan sebagainya.

Tapak kasut yang dipakainya turut pecah ketika dalam perjalanan. Ini merupakan antara cabaran yang dihadapinya untuk meneruskan perjalanan balik kampung selain dari cuaca yang tidak menentu.

DISINI !! PECOH TAPOK KASUT !!

Posted by Matnoe Poksu Din on Sunday, 26 April 2020

Posted by Matnoe Poksu Din on Monday, 27 April 2020

Terbaharu, Matnoe Poksu Din telah selamat sampai ke Kelantan pada jam 11 malam tadi dengan bantuan beberapa pemandu lori yang tumpangkan dia ke destinasi.

ALHAMDULILLAH .. JAM 11 MALAM TADI SELAMAT SAMPAI RUMAH … TERIMA KASIH PADA YANG MENDOAKAN ,MEMBERI BANTUAN …..

Posted by Matnoe Poksu Din on Monday, 27 April 2020

Sebelum ini, seorang lelaki yang baru balik dari Jepun ke Kota Kinabalu nekad jalan kaki pulang Kota Marudu. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Tidak Mahu Ambil Risiko, Lelaki Ini Berjalan Kaki Lebih 100KM Selepas Tiba Dari Jepun

Jazz Hotel Di Pulau Pinang Muncul Hotel Terawal Negara Ditutup Berikutan COVID-19

Ini Sebab Malaysia Diiktiraf Sebagai Negara Terbaik Tangani Penularan Covid-19

Anda Mungkin Suka