Kerana terlalu fanatik dengan iPhone 7, seorang remaja di Ukrain sanggup menukar namanya secara rasmi kepada iPhone 7. Anda mungkin fikir ia tidak masuk akal, ini lah kenyataan yang berlaku di Ukrain.

Olexander Turin, remaja kelahiran Ukrain ini sanggup menukar namanya menjadi iPhone Sim (Sim bermaksud 7 dalam bahasa Ukrain) semata-mata untuk memenangi iPhone 7 apabila sebuah kedai telekomunikasi menawarkan hadiah tersebut kepada sesiapa yang menukar namanya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
iphone7ukraiboy
iPhone 7 a.k.a Olexander Turin

Demi memenangi hadiah iPhone 7, Olexander Turin hanya memerlukan $2 dolar bersamaan RM8.00 sahaja untuk melakukan proses penukaran nama.

Tindakkan ‘berani’ Olexander Turin pada awalnya mengejutkan keluarga dan rakan-rakannya, namun begitu mereka tetap menyokong keputusan beliau. Mungkin kerana ia dianggap sesuatu yang berbaloi memandangkan harga sebuah iPhone 7 di Ukrain bernilai $850 Usd bersamaan RM3572.

iPhone Sim mencipta rekod sebagai orang pertama di dunia yang menukar namanya kepada iPhone 7. Tawaran hadiah ini juga turut diberikan kepada 5 orang terawal yang berani menukar nama kepada iPhone 7.

Menurut Olexander Turin, beliau akan menukar namanya semula jika berkahwin atau setelah memiliki anak. Buat pengetahuan anda, di Ukrain tidak menjadi masalah untuk menukar nama seberapa banyak pun yang anda mahu.

Di bawah ini di antara 5 pemenang yang berjaya mendapatkan iPhone 7 percuma!

nama-iphone

Kalau tawaran ini berlaku di Malaysia adakah anda sanggup menukar nama menjadi iPhone 7? atau mungkin menjadi iPhone 7 plus? .

Sumber