Buat mereka yang meminati dunia animasi dari negara Jepun atau lebih dikenali dengan panggilan anime semestinya sudah mengetahui betapa cantiknya seni illustrasi yang sering dipertontonkan di dalam siri atau filem genre sebegini.

Tambahan pula, bagi mereka yang meminati filem anime karya Makoto Shinkai seperti ‘Your Name‘ dan ‘Weathering With You‘ disebabkan seni illustrasinya yang sangat realistik dan cantik pastinya teruja apabila melihat hasil gambar yang disunting oleh lelaki ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter dengan nama @syaf_newgate memuat naik beberapa keping gambar yang disuntingnya sendiri persis karya seni yang terdapat di dalam filem-filem anime dari negara matahari terbit itu.

Perkongsian tersebut telah menerima lebih 31,400 retweets dan 47,700 tanda suka daripada netizen sejak dimuat naik Ahad lalu.

Menurut beliau, beliau banyak mempelajari cara untuk menyunting gambar sebegitu dengan hanya menonton video tutorial di YouTube sahaja dan kebanyakan gambar yang disunting beliau diinspirasikan oleh karya Makoto Shinkai sendiri.

Sumber: Twitter @syaf_newgate
Sumber: Twitter @syaf_newgate
Sumber: Twitter @syaf_newgate

Bagi anda yang ingin melihat gambar-gambar yang disunting oleh beliau, anda boleh lihat di sini.

Terdahulu, seorang jurugambar dari Malaysia terpilih sebagai 30 Jurugambar Perkahwinan 2019 untuk majalah Rangefinder.

Jurugambar Malaysia Ini Terpilih Sebagai 30 Jurugambar Perkahwinan 2019 Untuk Majalah ‘Rangefinder’

Gambar Hitam Putih Yang Dirakam Jurugambar Ini Sangat Unik Dan Awesome

Jurugambar Ini Pamer Keunikan Bandar Tokyo Pada Waktu Malam