Daniel Scali, dari Australia, telah berjaya memecahkan Guinness World Record (GWR) sebagai manusia yang berjaya planking paling lama, lapor Men Health. Sebelum ini, rekod ini dipegang oleh bekas tentera, George Hood yang berjaya membuat planking selama 8 jam, 15 minit dan 15 saat pada Februari 2020.

Tetapi, untuk rekod baharu. Pegawai dari GWR telah mengesahkan bahawa rekod yang dicuba oleh Scali pada Ogos 2021 sebagai rekod baru dunia iaitu 9 jam, 30 minit dan 1 saat dan ia dianggap sebagai pencapaian yang sangat luar biasa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Memetik NDTV, bukan hanya sembilan jam planking yang luar biasa, dia juga melakukan cubaan itu semasa menderita CRPS (complex regional pain syndrome) yang menyebabkan lengannya sakit di sebalik cubaan planking tersebut. Namun baginya, apa yang dia cuba sampaikan adalah semua orang mampu mencapai sesuatu perkara tidak kira apa pun situasi yang anda hadapi.

Sepanjang membuat planking tersebut, Scali kelihatan memakai sesuatu bagi melindungi lengannya. Ia difahamkan mampu untuk mengurangkan rasa sakit dan mampu menyerap tekanan sepanjang beliau melakukan cubaan tersebut. Bagaimanapun, melalui riak wajah Scali, kelihatan kesakitannya masih terasa walaupun mempunyai alat sokongan tambahan.

Katanya, apa yang dia rasa adalah pengalaman sakit yang luar biasa. Tekanan dapat dirasa pada siku dan lengan, hingga ke bahu. Dia juga menambah bahawa kakinya terasa kebas, manakala lutut, paha dan lengan kiri terasa seolah-olah terbakar. Namun di sebalik segala kesakitan, ianya membuahkan hasil di akhirnya.

Persiapannya untuk melakukan planking dalam cubaan memecahkan rekod dunia termasuk dengan latihan push-up dan sit-up yang banyak, seolah-olah mempersiapkan badannya untuk tempoh sembilan jam yang harus ditanggungnya.

“Ketika saya menyelesaikan plank, emosi yang melanda saya sangat luar biasa. Emosi gembira. Saya telah mencapai matlamat, saya telah mencapai objektif utama saya untuk memberi kesedaran kepada CRPS, dan saya telah memecahkan rekod.

“Saya ingin membuktikan kepada orang bahawa apa pun keadaan yang anda lalui, tidak kira apa halangan yang anda miliki – jika anda memikirkannya dan anda yakin anda dapat melakukannya, anda mampu untuk mencapainya.

“Sekiranya seseorang memberitahu saya lima tahun yang lalu bahawa saya akan melakukan percubaan Guinness World Records untuk planking paling lama di dunia, saya tidak akan percaya. Saya mungkin tidak akan percaya ketika itu, dan saya juga tidak berani menerima apa yang harus saya hadapi.”

Apa agaknya 7 perkara yang akan terjadi apabila anda buat senama plank setiap hari. Nak tahu? Klik pautan di bawah untuk membaca.

7 Perkara Ini Terjadi Apabila Anda Buat Senaman Plank Setiap Hari