title=

Berbagai kisah dan ragam dirakamkan sewaktu pelancaran iPhone 6 baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ini antara kisah menarik yang kami ingin kongsikan.

Seorang lelaki berasal dari Poland ini sanggup beratur selama 44 jam demi mendapatkan sebuah iPhone di Bristol Apple Store, England.

Dariusz Wlodarski baru saja berpisah dengan isteri yang telah dikahwininya sejak 20 tahun lalu.

Satu ketika dulu Dariusz Wlodarski pernah membelikan iPhone untuk isterinya dan isteri beliau sangat gembira.

“Saya bukan suami dan ayah yang baik. Dulu saya tidak sedar betapa pentingnya keluarga,” katanya.

Kini beliau rasa sangat kehilangan dan berharap iPhone 6 dapat menyatukan kembali keluarganya.

Ini kerana sebelum berpisah isteri beliau pernah menyuarakan impian untuk memiliki iPhone 6.

Ps : Nampaknya lelaki ini memang benar-benar berharap agar diberi peluang ke 2 oleh isterinya. Jika tidak masakan beliau sanggup beratur 44 jam!

Like The Vocket di Facebook