Pernah atau tidak anda mendengar nama Ray Martell Moore? Pasti anda tertanya-tanya siapakah beliau.

Untuk pengetahuan anda, Ray Martell Moore merupakan seorang model tangan dan tangannya pernah digunakan dalam iklan besar seperti memegang cawan Starbucks dan menjadi sebagai tangan Jay-Z dalam iklan Samsung.

Difahamkan, sudah lebih 10 tahun beliau telah berkecimpung dalam kerjaya sebagai sebagai model tangan. Bagi memastikan tangannya sentiasa ‘ready’ untuk dirakam oleh kamera, Ray melembapkan tangannya 30 kali sehari dengan losyen dan membuat sekurang-kurangnya 2 manicure seminggu.

Apa yang menjadikan tangan Ray jadi pilihan ramai kerana warna tangannya sesuai untuk penyuntingan iklan. Sebenarnya pendapatan Ray tidak menentu kerana beliau hanya model tangan secara sambilan. Kadar bayaran yang diletakkan beliau adalah antara $150 (~RM625) hingga $1,500 (~RM6,254) atau lebih dalam sehari.

Tambahnya lagi, beliau pernah menerima bayaran sehingga $4,000 (~RM16,678) untuk satu pekerjaan sebelum ini. Pada tahun lalu sahaja, pendapatan beliau sebagai model tangan berjaya memperolehi lebih dari $75,000 (~RM316,000).

Siapa sangka hanya menjadi model tangan mampu mendapat pendapatan lumayan seperti ini. Adakah ada yang berminat untuk menceburi bidang model tangan seperti ini?

Tahukah anda bahawa pemuda tawar khidmat guna dron untuk bantu pesawah dapat jana pendapatan RM5,000 sebulan? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Tawar Perkhidmatan Guna Dron Bantu Pesawah, Lelaki Ini Raih Pendapatan RM5,000 Sebulan

Pelajar Ini Jana Pendapatan RM100,000 Sebulan Hanya Jual Perabot Terpakai Di Kedah

Suri Rumah Ini Jana Pendapatan 4 Angka Sebulan Hanya Jual Super Ring Di eBay