Jurugambar ini membahayakan dirinya untuk merakam gambar yang awesome ini. Mike Mezuel merakam gambar ini ketika beliau mendaki sekitar Volcanoes National Park di Hawaii.

Gambar beliau ini terdapat bulan, Milky Way, meteor yang sedang lalu dan juga lava yang sedang mengalir. “Ianya satu momen yang menarik dan saya tidak akan lupakannya,” tulis Mike di laman Facebook beliau. “Lava yang keluar dari Kilauea Volcano ini merangkak keluar ke arah laut manakala Milky Way, meteor dan bulan semuanya menerangi malam dalam gambar ini.”

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ianya sangat sukar untuk menangkap gambar di atas bukit volcano ini kerana Mike perlu bergerak banyak kali untuk mengelak dirinya dari terkena lava volkano. Selepas beliau merakam gambar yang ada meteor ini, beliau terus pulang kerana bagi beliau, tidak akan ada gambar yang akan dapat ‘lawan’ gambar ini.

Beliau tidak rakam gambar ini menggunakan iPhone ya? Beliau menggunakan kamera DSLR Nikon D810 dengan Nikkor 14-24mm lens ISO 2500 f/2.8 dan 25 seconds. Itulah setup kamera beliau sewaktu merakam gambar ini. Kalau anda nak rakam imej di waktu malam mungkin boleh cuba setup ini. Cantik gambar ini. Nampak ‘hidup’ lava volkano di dalam gambar.

lava-milky-way-meteor-moon-mike-mezeul-ii-hawaii-2

Sumber