Kegigihan lelaki ini sangat patut dicontohi. Joe Nafis merakam timelapse pembinaan Shanghai Tower ini selama 4 tahun! Beliau merakam perubahan landskap bandar Shanghai dengan meletakkan satu kamera selama 4 tahun sehingga bangunan itu siap.

Shanghai Tower adalah bangunan paling tinggi di China dan bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa. Bangunan ini mempunyai 128 tingkat atau berketinggian 632 meter tinggi.

“Sementara saya membiarkan kamera saya untuk merakam bangunan itu, saya mengambil beribu-ribu gambar dari pelbagai sudut dan hasilnya 8TB data untuk diproses. Saya mengambil masa lebih 1000 jam untuk meneliti dan memproses gambar-gambar yang saya rakam. Software LRTimelapse digunakan untuk mengatur gambar dan Adobe After Effects dan Premiere digunakan semasa kerja editing,” Kata Joe.

Gempak hasil kerja Joe ini. Lihat timelapse pembinaan bangunan ini di bawah.

Sumber