Mungkin agak pelik tapi benar bagaimana teknologi mampu mengubah orientasi seks seseorang. Namun itulah yang terjadi di Moscow, Russia apabila seorang lelaki telah menfailkan saman sebanyak 1 juta ruble (RM62,917) terhadap syarikat Apple selepas mendakwa aplikasi iPhone telah membuatkan beliau menjadi gay.

Difahamkan pendakwaan beliau dibuat selepas menerima mata wang kripto ‘Gaycoin’ melalui aplikasi daripada iPhone beliau. Menurut peguam beliau, kes ini dilihat sebagai kes yang serius berikutannya anak guamnya telah menjadi takut berikutan insiden yang telah dilalui.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
smartphone-gty-mem-171107_16x9_992
Sumber: ABCNews

Menurutnya, Gaycoin membuatkan beliau mengubah orientasi seks beliau kepada gay selepas beliau membaca notifikasi bertulis ‘jangan nilai sehingga anda cuba’. Bagi mendapatkan kepastian, beliau telah melakukan hubungan sejenis sehinggakan beliau mempunyai teman lelaki.

Beliau turut meluahkan perasaan kecewa terhadap dirinya serta menyatakan perlakuan tersebut membuatkan beliau malu untuk memaklumkan kepada ibu bapanya. Pendakwaan beliau dibuat selepas Apple seolah mendorong dirinya untuk terlibat dengan aktiviti homoseksual.

iphone-7-reboot-screen-hero
Sumber: imore

Berikutan kes yang berlaku, pihak peguam mahu Apple bertanggungjawab terhadap aplikasi yang membuatkan anak guamnya menjadi gaya. Saman yang difailkan pada 20 September lalu dijadualkan akan dibicarakan pada 17 Oktober ini.

Kami kongsikan kepada anda beberapa lagi isu melibatkan saman yang melibatkan Apple sebelum ini. Klik pautan dibawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Apple Dikenakan Tindakan Undang-Undang Lagi

Apple Disaman Setelah Mengaku Memperlahankan Prestasi iPhone Terdahulu

Apple Dan Samsung Disaman Kerana Sengaja Melembabkan Telefon Pintar Lama