G-MAX ialah satu permainan ekstrim reverse bungy yang anda boleh temui paling dekat di Singapura. G-Max direka di New Zealand dan mempunyai rekod selamat 100%. G-Max boleh mencapai ketinggian 60 meter di udara pada kelajuan 100KPH. Video di bawah menunjukkan sepasang kekasih menaiki G-Max. Pada mulanya kelihatan si lelaki sangat cool, tenang dan gentleman dengan mententeramkan si perempuan yang kelihatan takut. Apa yang jadi selepas G-Max bermula akan buat anda tidak kering gusi. Epik.