Lumrah kehidupan, setiap manusia di muka bumi ditakdirkan untuk hidup berpasangan. Namun, tidak semua perhubungan cinta itu indah dan direstui keluarga. Malah ada juga dalam kalangan ahli keluarga yang sanggup menghalang sesebuah perhubungan cinta itu demi kebaikan kedua-dua belah pihak.

Terbaharu, angkara perhubungan cinta yang dilarang, seorang lelaki tergamak untuk membakar kereta abang teman wanitanya. Difahamkan kejadian itu berlaku di Taman Menara Maju di Klang, Selangor pada Selasa yang lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian ‘khianat’ itu dipercayai berlaku sekitar jam 2.30 pagi setelah pengadu iaitu abang wanita berkenaan mendapat makluman daripada salah seorang jirannya yang mengatakan bahawa suspek yang pada ketika itu menaiki sebuah kereta jenis Toyota Vios telah bertindak khianat dan sanggup membakar kereta Honda City miliknya.

“Berdasarkan laporan yang kami terima daripada pengadu berusia 25 tahun itu, suspek akhirnya berjaya ditahan sekitar jam 7 petang Selasa lalu di Telok Panglima Garang, Kuala Langat dan kereta suspek turut dirampas untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi wartawan Sinar Harian hari ini.

Melalui soal siasat, pihak polis telah mendapati bahawa suspek mengaku salah dan bertindak sedemikian atas sebab tidak berpuas hati dengan pengadu yang juga seorang jurutera. Suspek mendakwa bahawa cintanya dihalang dan dia dimarahi kerana bercinta dengan adik pengadu.

“Suspek turut menjelaskan bahawa dia bukan diupah oleh mana-mana geng kongsi gelap dan tindakan membakar kereta itu dilakukan atas dasar tidak berpuas hati dengan pengadu,” katanya lagi.

Kes ini masih dalam siasatan polis dan suspek direman selama lima hari sehingga 3 April melalui siasatan di bawah Sekysen 435 Kanun Keseksaan.

Baca lagi artikel yang ‘trending’ di The Vocket menerusi pautan di bawah.

Kerana Terlalu Obses, Lelaki Ini Sanggup Bakar Toyota Alphard Milik Artis Pujaannya

Lelaki Ini Bakar Mercedes AMG GT 63 Berharga RM 1.7 Juta Demi Konten YouTube

‘Prank’ Jahanamkan Proton Iswara Rakan Demi Konten, YouTuber Ini Terima Respon Pelbagai Netizen

Sumber