Seorang usahawan sushi Jepun yang terkenal dengan panggilan Raja Tuna membayar RM7.4 juta untuk tuna gergasi pada lelongan Tahun Baru di pasar ikan utama ibu kota Tokyo.

Kiyoshi Kimura, yang menjalankan perniagaan restoran sushi membayar RM7.4 juta untuk membeli ikan tuna biru seberat 276kg, ditangkap di rantau Aomori di utara Jepun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Ini adalah yang terbaik,” kata Kimura kepada pemberita selepas lelongan awal.

“Ya, ini mahal, bukan? Saya mahu pelanggan makan makanan yang sangat lazat tahun ini juga,” katanya.

Kimura memang terkenal dengan sikapnya yang membida dengan harga yang tinggi. Dalam lelongan tahun lepas, Kimura membayar rekod RM12.7 juta bagi memenangi tuna seberat 278kg.

Kami pernah menulis bagaimana restoren shushi di Jepun hilang status Michelin. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Restoran Sushi Ternama Jepun Hilang Status Michelin Kerana Hanya Pilih Pelanggan VIP

Sushi King Dan Family Mart Bakal Diperkenalkan Di R&R Plus

Sumber