Bila sebut Nissan GTR yang juga dikenali sebagai Godzilla, ramai orang akan tersenyum membayangkan kereta dari Jepun ini yang mempunyai bunyi deruman enjin yang garang, reka bentuk yang sporty dengan kelajuan yang mampu menandingi kereta-kereta berkuasa tinggi dari UK, Jerman dan Itali.

Baru-baru ini seorang pemilik kereta Godzilla, Tuan Afiz Ayub telah berkongsi sebuah hantaran pada Facebook peribadi di mana beliau mahu menjual kereta tersebut bagi membiayai kerja-kerja amal yang dilakukan oleh pasukan sukarelawan beliau. Perkongsian tersebut telah mendapat lebih ratusan share dan puluhan komen positif yang menyokong tindakan beliau.

BeFunky-collage-42
HYPE
Pengalaman Berharga, McDonald’s Tawar Peluang Untuk Anda ‘Spend Time’ Bersama Finalis AJL 35
Baca lagi →

[UPDATE]Rezeki Allah sangat luas dan kadang kala apa yang kita miliki adalah rezeki untuk di pakai di waktu darurat….

Posted by Afiz Ayub on Monday, January 11, 2021

Pihak The Vocket telah berhubung dengan Tuan Afiz Ayub kenapa beliau sanggup menjual kereta kesayangan yang menjadi idaman orang ramai. Ini maklum balas yang beliau kongsikan kepada kami .

“Kerana Allah S.W.T.  Saya dapat ilham kerana selama ini duit yang digunakan hasil daripada saving saya maka saya percaya pinjaman kenderaan ini adalah tabung saya. Income saya pun makin surut dan saya perlu cari dana untuk meneruskan perjuangan #Amalteam.”

Tuan Afiz Ayub mempunyai sebuah team sukarelawan tanpa NGO yang dipanggil sebagai Amal Valley Organization atau lebih dikenali sebagai Amal Team. Pasukan sukarelawan ini telah melakukan kerja-kerja amal lebih dari 7 tahun. “Pada awal tahun, Amal Team ditubuhkan untuk coordination yang lebih baik bagi saya terus bergerak membuka base bantuan setiap negeri secara sukarelawan tanpa di bayar,” tambah Afiz.

Sehingga hari ini, ramai orang dari pelbagai tempat telah mendapat pelbagai jenis bantuan secara percuma dari pihak Amal Team. Antara kerja-kerja amal yang dilakukan sepanjang 7 tahun sehingga hari ini ialah pengurusan & penghantaran jenazah, mewakafkan kenderaan untuk kerja amal, mengadakan kelas mengaji, memberi makanan kepada frontliners dan menghantar bantuan banjir.

Beliau turut berkongsikan pesanan bermanfaat kepada orang ramai semasa situasi yang kian meruncing sekarang ini – “Setiap rezeki yang kita miliki ada rezeki orang lain. Tangga kejayaan adalah berkongsi rezeki supaya dapat dimanfaatkan bersama. For thing to change, we must change first.

Kami doakan semoga Tuan Afiz Ayub dan Amal Team dapat terus membantu pelbagai pihak yang memerlukan lebih-lebih lagi dalam situasi yang semakin meruncing pada hari ini.

Sekiranya anda mahu mengikuti perkembangan atau mahu turut serta dalam kerja-kerja amal yang dilakukan oleh Tuan Afiz Ayub dan Amal Team, bolehlah anda follow Facebook peribadi beliau di sini dan juga Facebook Page Amal Team di sini.

P/S: Kira-kira sekitar pukul 11.13 pagi, kereta Nissan GTR ini telah berjaya dijual kepada seseorang yang ternampak perkongsiaan hantaran tersebut. Dana pembelian ini digunakan untuk misi bantuan banjir dan persiapan untuk PKP nanti.

Klik pautan di bawah untuk membaca lagi artikel-artikel terbaru mengenai perkembangan semasa yang sedang berlaku di Malaysia.

Dr Noor Hisham Sahkan Pengembara Bawa Pulang COVID-19 Varian UK Ke Malaysia

Kes COVID-19 Membimbangkan, Agong Perkenan Isytihar Darurat Sehingga 1 Ogos 2021

PM Umum PKP Selama 14 Hari Di 6 Buah Negeri Bermula Rabu Ini

Pilihan Raya Hanya Akan Memburukkan Situasi COVID-19 Di Malaysia, Kata Doktor Pakar

 

 

Anda Mungkin Suka