Ungkapan ‘lautan api sanggup ku renangi’ bukanlah ungkapan asing bagi pasangan bercinta. Sama juga dengan seorang pemuda dari Malaysia yang sanggup merentas benua untuk menjadikan kekasihnya sebagai pasangan hidup yang halal hingga ke hujung nyawa.

Screenshot 2019-09-10 at 4.17.40 PM
HYPE
Jangan Kelipkan Mata Anda Dan Cari Apa Yang ‘Tersembunyi’ Untuk Menangi SAMSUNG S10 Plus
Baca lagi →

Hadri's Journey to Europe to Marry His Love Life ❤️

Posted by hayashi86.com on Monday, 19 August 2019

Menurut post daripada Hayashi86 di Facebook, pemuda bernama Hadri ini memulakan perjalanannya untuk ke Jerman pada 19 Ogos lalu menaiki kereta Toyota AE86. Perjalanan beliau dimulakan di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Putrajaya. Hadri dijangka akan mengambil masa selama 3 bulan untuk sampai ke destinasinya.

Hadri's Journey to Europe to Marry His Love Life ❤️

Posted by hayashi86.com on Monday, 19 August 2019

Pasangan ini mula berkenalan ketika Hadri berkunjung ke Jerman atas urusan kerja pada tahun 2007 lalu. Dua tahun kemudian, Hadri kembali ke Jerman bersama sepucuk surat dan sekuntum bunga mawar yang berjaya menyentuh hati pasangannya dan mula menjalin hubungan ke arah yang lebih serius. Buat pertama kali Hadri berkongsi tentang perancangannya untuk ke benua Eropah pada tahun 2018, ramai orang tidak percaya akan kebolehan dirinya dan kereta tersebut.

Hadri's Journey to Europe to Marry His Love Life ❤️

Posted by hayashi86.com on Monday, 19 August 2019

Kini Hadri mendapat galakan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia serta tajaan tayar dari Yokohama untuk menjalankan misinya ke benua Eropah. Semalam, Hadri selamat tiba di negara jiran, Thailand. Semoga perjalanan dan segala urusan Hadri berjalan dengan lancar sehingga ke destinasi ditujunya.

Anda Mungkin Suka