Nampaknya street harassment di luar negara adalah satu isu yang penting dititikberatkan dan ini bukanlah pertama kali kami ketengahkan isu-isu ini. Malah, baru-baru ini seorang guru pelatih, Tugce Albayrak di Denmark terkorban kerana mempertahankan 2 remaja perempuan dari gangguan lelaki.

Baca: Gangguan Jalanan Menjengkelkan Wanita

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada 25 November yang lalu merupakan Hari Kemerdekaan untuk Menghapuskan Keganasan Terhadap Wanita di Peru. Maka, team Everlast menghasilkan satu video yang bakal jadi pengajaran kepada 2 orang pemuda ini yang sekaligus mengajak para lelaki berfikir jika ini yang berlaku ketika mereka mengganggu wanita di jalanan kelak.

Dua wanita bersetuju menyertai program ini setelah diberitahu betapa seriusnya isu ini dan sasaran mereka ialah 2 orang lelaki yang dipercayai suka mengganggu wanita dengan kata-kata. Seperti yang dijangkakan, wanita-wanita itu sememangnya mendapat gangguan tersebut dan apabila wanita itu berpaling, si lelaki terkejut dan menyebut: MOMMY???

Saksikan seterusnya disini:

https://www.youtube.com/watch?v=cQhsH5tBIPk#t=190

Haha! Itulah… Selalu kacau orang… Kan dah silap besar kali ini…

Jika ada yang kata ianya faktor pemakaian, sila lihat ini.

Kongsilah ini dengan keluarga dan rakan anda bagi meningkatkan kesedaran berkenaan street harassment.

LIKE Facebook The Vocket disini