Seperti yang semua sedia maklum, kebanyakan jalan raya di Malaysia ini berada dalam keadaan yang teruk. Banyak pengguna jalan raya telah menerima nasib malang disebabkan lubang-lubang yang terdapat di atas jalan raya ini.

Tambahan lagi, keadaan jalan yang berlubang dan tidak terurus ini menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas dan pelanggaran antara kenderaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dengan kenyataan Kementerian Kerja Raya yang menyatakan bahawa keadaan itu mungkin tidak bertambah baik dalam masa terdekat kerana kekangan bajet, orang ramai mula tampil dan menyelesaikan ini dengan cara mereka sendiri.

Namun, baru-baru ini tular sebuah video di laman Facebook yang memaparkan seorang lelaki mengisi dan menampal jalan berlubang untuk kebaikan orang ramai. Kejadian tersebut dirakam di Taman Perling,  Johor Bharu.

Perkongsian tersebut dimuat naik oleh laman  Persatuan Bangsa Johor. Caption di ruangan perkongsian tersebut memuji tindakan lelaki itu dan mempersoalkan tentang tanggungjawab pihak berkuasa tempatan di kawasan itu yang tidak melakukan kerja mereka.

Susulan dengan penularan video tersebut, rata-rata netizen memuji sikap bertanggungjawab yang dipamerkan oleh lelaki itu.

Diharapkan dengan perkongsian ini akan membuka mata pihak-pihak yang bertanggungjawab supaya lebih peka akan masalah yang dihadapi oleh pengguna jalan raya.

Terdahulu, seorang lelaki mempertaruhkan nyawanya untuk mengalihkan objek di tengah jalan raya terima pujian ramai. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Tindakan Lelaki Ini Pertaruh Nyawa Alihkan Objek Di Tengah Jalan Raya Terima Pujian Ramai

Netizen Puji Usaha Pemuda Ini Bantu Selesaikan Masalah Banjir Di Kuala Lumpur