Menggunakan internet tanpa perlu membayar sebarang caj sememangnya sangat ‘heaven’. Apatah lagi jika kelajuan internet yang disediakan sangat lancar dan laju untuk kegunaan seharian.

Ternyata perkara ini benar-benar berlaku di Virginia, Amerika Syarikat. Jacob Ajit yang menggunakan pelan internet T-Mobile telah menemui bug telco tersebut yang membolehkan beliau mengakses internet secara percuma.

Apa yang lebih menarik, beliau menemui bug ini secara tidak sengaja.

Ceritanya bermula apabila beliau sedang mengakses laman web T-Mobile tanpa sebarang pelan internet. Didapati beberapa link berjaya dibuka dan sebahagiannya tidak. Untuk mendapatkan kepastian, Jacob Ajit cuba menggunakan aplikasi Speedtest dan ini apa yang beliau temui.

t-mobile-speedtest-1

Ternyata kelajuan internet yang diterima boleh dikatakan agak baik. Walaubagaimanpun, Jacob Ajit temui tidak semua laman web berjaya diakses dengan mudah. Didapati bug ini berpunca daripada T-Mobile yang membenarkan akses speedtest melalui telco beliau.

Menggunakan kepakaran beliau, Ajit berjaya mendapatkan internet secara percuma melalui bug yang ditemui. Berikut merupakan antara yang sempat dimuatnaik oleh Jacob Ajit.

hacked-t-mobile

Tidak seperti cerita ‘hacker’ yang sering kita dengari, Jacob Ajit telah membuat laporan kepada T-Mobile mengenai bug yang telah ditemuinya. Jacob Ajit yang umurnya baru mencecah 17 tahun mahu menjadi ‘good guy’ serta berpendapat menggunakan internet secara haram adalah suatu kesalahan besar.

Kisah ini mengingatkan kami kepada ‘trick’ yang popular suatu ketika dahulu di Malaysia dimana menggunakan Opera Mini untuk mengakses internet secara percuma. Setahu kami ‘trick’ ini sudah berjaya dikesan oleh beberapa telco tertentu.

Sumber