Bangun sahur ketika bulan Ramadan mungkin perkara yang sukar bagi sesetengah individu. Malah, ada juga yang terlepas bangun sahur walaupun jam penggera di telefon sudah diaktifkan dengan bunyi nada dering yang paling kuat.

Namun, isu itu boleh diselesaikan dengan menggunakan khidmat ‘mengejutkan orang untuk bersahur’ seperti yang ditawarkan secara percuma oleh seorang lelaki di Magelang, Jawa Tengah, Indonesia bernama Khoirul Anam, lapor Tribun News.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/CJSqUBZDM35/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=loading

Bagi anda yang belum tahu, Khoirul sebelum ini sudahpun tular dengan iklan khidmat teman sambut malam tahun baru 2021. Namun, bersempena Ramadan tahun ini, dia kini tampil pula dengan iklan yang menawarkan khidmat mengejutkan orang untuk bersahur.

Difahamkan, Khoirul telah mempromosikan perkhidmatan ini menerusi fotonya sambil digayakan bersama sepanduk iklan berkenaan dan dimuat naik terus ke halaman Instagram miliknya. Dua sepanduk telah dipasang di tiang elektrik dan satu lagi di pokok berhampiran rumahnya.

“Belum punya pasangan? Takut kesiangan bangun sahur? Boleh saja gunakan khidmat Jasa Membangunkan Sahur (JMS). Percuma dan saya akan standby untuk membuat panggilan bermula jam 2 pagi sehingga imsak. Kini, puasa anda tidak lagi rasa single.

“Bagi yang langgan selama sebulan, hadiahnya ialah berbuka puasa bersama saya,” ujar Khoirul dalam iklan tersebut.

https://www.instagram.com/p/CNkKXGLsrp9/?utm_source=ig_web_copy_link

Sejak 1 Ramadan yang lalu, Khoirul sudahpun dihubungi beberapa individu yang ingin menggunakan perhidmatan ini. Namun setakat ini, dia hanya berjaya mengejutkan tiga orang sahaja.

“Saya kejutkan 11 orang, tetapi yang bangun cuma tiga orang saja. Tapi tak mengapa, yang penting saya sudah berusaha,” katanya lagi.

Difahamkan, Khoirul akan menelefon pelanggannya yang mahu dikejutkan bangun sahur sebanyak tiga kali panggilan. Jika masih tiada respon, dia akan menelefon pelanggannya yang lain. Perkhidmatan ini bukan sahaja buat penduduk di daerahnya, malah ia turut ditawarkan bagi seluruh warga Indonesia.

“Khidmat ini saya sengaja berikan ia secara percuma kerana jika berbayar, takut saya pula yang tertidur. Kalau percuma itu seronok, sama-sama tidak rasa rugi,” kata Khoirul lagi.

Baca lagi artikel mengenai Khoirul Anam yang sebelum ini menawarkan dirinya menjadi ‘teman sambut tahun baru’ menerusi pautan di bawah.

Iklan ‘Teman Sambut Malam Tahun Baru’ Pemuda Ini Terima Perhatian Ribuan Gadis

Lucu Dan Kreatif, Grab Indonesia Tampilkan Iklan Edisi Star Trek Sempena Ramadan

Nekad Tahan Pemandu Lori Di Jalan Raya, Seorang Remaja Telah Diheret Dan Digilis Lori