Sekitar pagi Selasa yang lalu, telah berlangsungnya perlawanan bola sepak kalah mati antara pasukan Switzerland menentang Perancis di Stadium National Arena Bucharest untuk kelayakan pusingan suku akhir piala Euro 2020.

Perlawanan tersebut telah menyaksikan keputusan seri 3-3 sekaligus mengheretkan kedua-dua pasukan ke perlawanan masa tambahan dan penentuan sepakan penalti.

Pasukan Switzerland yang dipandang enteng atau underdog, menang dengan keputusan gol penalti 5-4 selepas penjaga gol Switzerland berjaya menepis sepakan bola daripada bintang bola sepak terkenal Perancis, Kylian Mbappe.

Kemenangan itu telah membawa Switzerland mara ke suku akhir Euro 2020. Namun, ia tidak akan bermakna jika tiada sokongan serta sorakkan padu daripada para penyokong pasukan bola sepak negara itu.

Baru-baru ini, salah seorang penyokong pasukan bola sepak Switzerland, Luca Loutenbach, 28 tahun, tular di media sosial disebabkan reaksi beliau yang penuh emosi dan dramatik ketika menyaksikan perlawanan Switzerland menentang Perancis, memetik laporan Times of India.

Difahamkan bahawa reaksi muka Luca sempat dirakam oleh kamera yang menyiarkan perlawan bola sepak tersebut. Pada awalnya, Luca kelihatan begitu kecewa serta hampir menangis setelah gawang gol Switzerland dibolosi 3 gol oleh pemain Perancis.

Menambah kekecewaan Luca apabila penyudah gol ketiga penyerang Switzerland untuk menyamakan kedudukan gol pada minit ke-89 telah dianggap offside oleh pengadil.

Namun, selang satu minit kemudian iaitu pada minit yang ke-90, reaksi Luca berubah sekelip mata. Luca secara agresif, menjerit sambil membuka jersi ‘merah Swiss’ miliknya setelah Switzerland berjaya menyamakan gol ketiga sebelum perlawanan bersambung ke masa tambahan dan penentuan sepakan penalti.

Ternyata mimik muka Luca berjaya mencuri tumpuan netizen dan tular di Twitter. Sepantas kilat, Luca kini sudah terkenal di seluruh dunia selepas Datuk Bandar London, Sadiq Khan, juga memuat naik satu ciapan di Twitter mengenai Luca dengan kapsyen “Man of the match.”

Rata-rata netizen juga menganggap bahawa Luca merupakan super fan’ pasukan bola sepak Switzerland disebabkan semangat kesukanan beliau yang begitu ikhlas ketika menyokong Switzerland dalam perlawanan tersebut.

Susulan itu, Luca menjadi popular dan telah ditemu ramah dalam satu rancangan di saluran Blick TV di Switzerland. Malah, ada beberapa syarikat juga berbesar hati untuk menaja beliau.

Ini termasuk tajaan syarikat penerbangan Swiss Air yang menaja tiket penerbangan business class kepada Luca untuk ke Russia bagi menyaksikan perlawanan suku akhir Switzerland menentang Sepanyol yang bakal berlangsung pada hari ini di Saint Petersburg. Luca juga akan diberikan beberapa tin minuman Red Bull sepanjang perjalanan beliau menuju ke Russia.

Bukan itu sahaja, agensi pelancongan Switzerland juga akan menaja penginapan selama seminggu untuk Luca berehat setelah berakhirnya perlawanan Euro 2020.

“Walaupun ditaja, namun saya masih anggap bahawa diri saya sama sahaja seperti penyokong Switzerland yang lain,” kata Luca yang tetap merendah diri ketika ditemu ramah dalam sebuah rancangan di saluran Blick TV.

Meskipun tajaan yang diberikan oleh beberapa syarikat di Switzerland tidak menjadikan beliau kaya, namun beliau tetap menghargai tajaan tersebut kerana baginya tajaan itu sudah cukup untuk menggembirakan hatinya.

Begitulah betapa padunya sokongan Luca Loutenbach terhadap pasukan bola sepak Switzerland. Baca lagi mengenai perkembangan Euro 2020 di laman Vocket FC.

Euro 2020: Kegagalan Mbappe Paksa Perancis Ucapkan Selamat Tinggal

Euro 2020: Sepanyol Lepasi Ranjau Berliku Untuk Layak Ke Suku Akhir

Euro 2020: Belgium Tunjukkan Jalan Keluar Buat Juara Bertahan