Spencer Haywood adalah pemain bola keranjang yang hebat; pernah memenangi pingat emas di Olimpik 1986 dan tersenarai dalam NBA All-Star sebanyak 4 kali. Beliau bermain untuk LA Lakers dan pernah berkahwin dengan supermodel cantik, Iman. Hidupnya cukup indah, cuma beliau terlepas peluang untuk menjadi seorang billionaire.

Ditanya dalam satu temubual, apakah keputusan paling baik yang pernah beliau buat, Haywood menjawab dapat berhenti dari ketagihan kokain yang dihadapinya. Ditanya pula mengenai antara keputusan buruk yang beliau buat, yang paling beliau ingat adalah mengikut cakap pengurusnya ketika Nike datang membuat tawaran terhadapnya.

Phil Knight, pengasas Nike

Phil Knight, pengasas Nike

Phil Knight, pengasas Nike datang kepadanya dan membuat tawaran ; menjadi duta kasut Nike dan beliau dapat memilih antara USD100,000 atau 10 peratus saham syarikat itu.

Ya, atas nasihat pengurusnya, Haywood memilih USD100,000 dan setuju untuk menjadi duta untuk Nike.

Iklan Spencer Haywood untuk Nike

Iklan Spencer Haywood untuk Nike

Sekarang ini, Nike adalah syarikat sukan paling berharga di dunia, dianggarkan value syarikat berkenaan adalah sekitar USD86 billion. Sekiranya Haywood memilih untuk ambil 10 peratus saham Nike, sekarang ini beliau pastinya memegang aset syarikat itu sebanyak USD8.6 billion.

Namun Haywood tidak membiarkan keputusan buruk itu menghantui dirinya. Beliau berkata, “Kesedihan akan memakan anda. Just let it go.”

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤