Kejadian banjir besar berlaku secara mengejut di sekitar kawasan Lembah Klang dan Selangor pada hari minggu baru-baru ini telah menarik ramai orang yang tinggal dari utara dan selatan negeri tampil turun ke lokasi kejadian untuk memberikan pelbagai jenis bantuan bagi menyelamatkan mangsa-mangsa yang terjejas.

Salah seorang yang turun memberikan bantuan merupakan Encik Azman atau kini lebih dikenali sebagai ‘Abang Viva Viral’ setelah kisahnya menjadi bualan orang ramai di pelbagai platform media sosial.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baru-baru ini ada seorang lelaki telah berkongsi video menunjukkan betapa terujanya dia apabila berpeluang untuk menaiki bot yang dibawa oleh ‘Abang Viva Viral’ itu sendiri.

https://www.tiktok.com/@syafiqyzd/video/7043755323223543041?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8k%2BZ4A0T29t1mmfZUZo21T7wIqq31YW0koLfwg%2FT9DRvYqJ4IeDpz8hVdYrDoTyIk43fttL%2BI%2BSllJv%2FjGgA%3D&language=en&mid=6736152197609834497&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA7IDCF98A1gvK_z3W9LgEiQ3djCCida8R0cp4YU2tBR78q4jp2S4g-uQbw9Sv76vm&share_app_id=1180&share_item_id=7043755323223543041&share_link_id=5497d9b8-9b3e-49da-9851-441cc9db4c38&source=h5_t&timestamp=1640024004&u_code=dc98ha4gdgc918&user_id=6824386317050528770&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy&_r=1&lang=en&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

“Alhamdulilah boleh naik bot. Ada abang ini bagi tumpang, kalau tak memang berenanglah jawabnya,” kata lelaki yang merakam video tersebut.

“Abang ini viral lah, abang yang naik Viva itulah,” kata rakan lelaki tersebut.

Sejurus lelaki yang merakam video itu mengetahui siapakah yang menumpangkannya untuk menaiki bot itu, reaksi wajahnya terus berubah menunjukkan betapa terujanya dapat berjumpa secara berhadapan dengan ‘Abang Viva Viral’ tersebut.

Ada juga pengguna Twitter berkongsi antara bantuan yang diberikan oleh Encik Azman apabila dia menumpangkan pak ciknya menaiki bot untuk menghantar bantuan kepada abangnya yang masih terkandas di Sri Muda.

Tambah orang ramai lagi, pihak Perodua bolehlah berikan Encik Azman hadiah sebagai satu penghargaan kepadanya kerana beliau sanggup datang jauh dari Melaka dan pergi ke beberapa lokasi yang terjejas bagi memberikan bantuan kepada mangsa yang masih terperangkap di rumah masing-masing.

Di dalam video tersebut, walaupun ‘Abang Viva Viral’ dipuji berkali-kali kerana tindakkannya memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia, namun beliau dengan rendah dirinya menyatakan masih ada orang lain lebih berbakti daripada dirinya.

“Tak ada maknanya bang. Ramai lagi yang lebih hero bang. Ramai lagi yang datang dari jauh-jauh,” kata ‘Abang Viva Viral’ itu.

Encik Azman atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Viva Viral’ datang dari Melaka dengan sebuah Perodua Viva dan bot untuk memberikan bantuan kepada mangsa banjir. Beliau telah memberikan bantuan di Shah Alam, kemudian ke Puchong dan lokasi terkini beliau dipercayai sedang memberikan bantuan di Sri Muda.

Terima kasih kepada semua sukarelawan yang datang dari jauh untuk bersama-sama membantu meringankan beban buat mangsa-mangsa banjir ini. Semoga pertolongan kalian diberikan ganjaran berkali berganda lebih baik pada masa akan datang.

Lihat lelaki ini bawa kereta bernilai RM3.2 juta untuk bantu mangsa-mangsa banjir di Taman Sri Muda melalui pautan di bawah.

Utamakan Mangsa Banjir, Lelaki Ini Guna Brabus G700 6×6 Untuk Hantar Bantuan

Rakyat Malaysia Prihatin, Sanggup Turun Dari Utara Dan Selatan Bantu Penduduk Lembah Klang

Perodua Tawar Pemeriksaan Percuma, Diskaun Dan Rebat Untuk Kenderaan Mangsa Banjir

Sumber