Walaupun kerajaan sebelum ini sudah menguatkuasakan larangan merokok di tempat-tempat awam seperti taman rekreasi dan kedai makan, namun mungkin masih ramai yang tidak mematuhi perkara tersebut.

Perkara itu dapat dilihat apabila seorang lelaki warga Jepun di Twitter baru-baru ini mendedahkan 4,500 puntung rokok berjaya dikutip bersama kumpulan sukarelawan Trash Hero Putrajaya yang disertainya Januari lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Awal tahun ini, saya dan sukarelawan Trash Hero Putrajaya berjaya membuat pembersihan di Ayer 8, Putrajaya.

“Kami berjaya mengutip 4500 batang rokok di dalam satu jam setengah,” tulisnya dalam Bahasa Melayu di ciapan tersebut

Menurut pinned tweet yang disertakan di akaun Twitternya, lelaki tersebut dikenali sebagai Nana merupakan warga Jepun yang menetap di Cyberjaya.

Dalam satu ciapan berasingan, dia sekali lagi pada Februari turut mendedahkan  berjaya mengutip lebih 200 kg pelbagai jenis sampah sarap yang ditinggalkan pengunjung termasuk botol dan juga puntung rokok di sekitar kawasan Gem in Mall, Putrajaya.

Menurut satu hantaran yang dibuat Trash Hero Putrajaya sebelum ini pada Januari lalu, kerja pembersihan yang menemukan lebih 4000 puntung rokok seperti dikongsikan Nana itu dilakukan di sekitar kawasan lot kedai Ayer 8 di Presint 8, Putrajaya.

“Kami sangat teruja melihat kawasan tersebut begitu kemas bila melihat dari jauh, namun selepas menggeledah rimbunan pokok di situ kami menemui sampah yang telah disorok di lokasi yang berbeza-beza.

“Paling merisaukan adalah jumlah puntung rokok yang berjaya kami kutip dalam tempoh masa sejam setengah itu,” jelas mereka.

Amalan membuang sampah di merata tempat ini sememangnya masih berlaku dalam kalangan masyarakat kita walaupun sudah memasuki 2020. Baca perkongsian kami sebelum ini mengenainya di pautan di bawah. 

Sambutan Tahun Baharu Dicemari Sampah Bukti Rakyat Malaysia Masih Belum Bersedia Untuk 2020

Taman Tasik Titiwangsa Dicemari Sampah Dan Dirosakkan Tidak Sampai 24 Jam Pembukaannya

Sumber