Kalau bercakap tentang dedikasi dan komitmen, anda boleh jadikan artis Jepun ini sebagai contoh.Monabu Ikeda, seorang artis dengan kepakaran melukis dengan pen dan dakwat menghasilkan lukisan yang besar dan hebat ini dinamakan Rebirth.

Projek Rebirth ini bermula sejak 2013 lagi. Lukisan ini bersaiz 4X3 meter dan Manabu berkata beliau mengambil masa 3.5 tahun(melukis 10 jam sehari, 6 kali seminggu) untuk menyiapkan lukisan ini!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Manabu mengambil inspirasi lukisan ini dari peristiwa gempa bumi yang biasa terjadi dari di Jepun. Dalam lukisannya, sebuah pokok keluar dari kemusnahan yang berpunca dari tsunami dan jika anda lihat pada perincian lukisan ini, anda akan nampak details penceritaan lukisan ini.

Apa yang boleh dipelajari dari semangat Manabu dalam berkarya ini? Apa yang saya nampak adalah Manabu seorang yang penyabar dan mementingkan kesempurnaan dalam karyanya. Dalam hidup, kadangkala sesuatu yang kita usahakan mengambil masa yang panjang untuk ianya siap atau sempurna. Tidak boleh putus asa di tengah jalan dan perlu jalan terus. Andai Manabu berhenti melukis, sia-sia dan tidak siaplah lukisan yang awesome ini.

“Saya jenis yang melihat sesuatu dengan sangat terperinci apabila saya melihat sesuatu dan pen dan dakwat merupakan alatan yang tepat untuk saya menggambarkan pandangan saya itu,” kata Manabu. Kalau anda orang seni, pasti anda lagi faham perasaan Manabu ini selepas menyiapkan lukisan ini. Anda boleh lihat lukisan Manabu di bawah dan ada juga timelapse video beliau menyiapkan lukisan hebat beliau ini. Power bro!

pen-ink-drawing-rebirth-manabu-ikeda-1

pen-ink-drawing-rebirth-manabu-ikeda-3

pen-ink-drawing-rebirth-manabu-ikeda-4

pen-ink-drawing-rebirth-manabu-ikeda-5

pen-ink-drawing-rebirth-manabu-ikeda-6

pen-ink-drawing-rebirth-manabu-ikeda-7

pen-ink-drawing-rebirth-manabu-ikeda-9

pen-ink-drawing-rebirth-manabu-ikeda-10

pen-ink-drawing-rebirth-manabu-ikeda-2

https://vimeo.com/192649900

Sumber