Bagi sesetengah orang, memandu pada waktu malam memang sudah menjadi satu kebiasaan buat mereka. Namun, akan ada hari yang ‘kurang bernasib baik’ apabila mereka terserempak dengan benda-benda mistik.

Baru-baru ini seorang pengguna Facebook telah berkongsi pengalaman di mana dia berhadapan dengan ‘sesuatu’ yang sedang berdiri di dalam gelap semasa sedang melalui satu jalan selepas pulang daripada memancing seorang diri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada awalnya lelaki ini berniat mahu patah balik semula untuk melihat ‘benda’ tersebut, namun dia membatalkan hasratnya setelah minyak keretanya sudah hampir habis.

Menurutnya lagi, jalan yang dia lalu ketika waktu itu memang sunyi sepi tanpa ada kenderaan lain, tiada lampu jalan bahkan tiada penduduk di kawasan persekitaran tersebut.

Video yang dikongsikan tersebut telah mendapat ribuan komen dan perkongsian daripada para netizen yang lain. Ramai yang berteka-teki memikirkan apakah ‘benda’ tersebut, adakah ianya manusia ataupun makhluk halus.

vocket-entiti-pelik-selepas-pulang-memancing-6
Sumber Gambar: Facebook Kay On
vocket-entiti-pelik-selepas-pulang-memancing-7
Sumber Gambar: Facebook Kay On
vocket-entiti-pelik-selepas-pulang-memancing-8
Sumber Gambar: Facebook Kay On
vocket-entiti-pelik-selepas-pulang-memancing-5
Sumber Gambar: Facebook Kay On
vocket-entiti-pelik-selepas-pulang-memancing-4
Sumber Gambar: Facebook Kay On
vocket-entiti-pelik-selepas-pulang-memancing-3
Sumber Gambar: Facebook Kay On

Menurut lelaki ini, setelah berselisih dengan ‘benda’ itu kereta tayarnya pancit di kawasan jalan tersebut pada malam itu juga dan dia terus menggantikan tayar pancit itu dengan tayar spare untuk meneruskan perjalanan pulang.

Tambahnya lagi, jika ianya manusia bagaimana ‘dia’ boleh berjalan di dalam keadaan yang gelap gelita kerana langsung tiada lampu jalan di sepanjang jalan tersebut mahupun kawasan perumahan berhampiran di kawasan tersebut.

Hantaran video tersebut masih lagi menjadi perdebatan orang ramai ketika artikel ini ditulis. Bagi yang pernah berhadapan dengan situasi begini akan menyatakan ‘benda’ tersebut merupakan makhluk halus, manakala bagi yang mempercayai ‘hantu tidak mempunyai bayang-bayang’ akan mengatakan ‘benda’ itu cumalah orang yang tinggal di kawasan tersebut.

Tindakan lelaki ini merakam entiti Pocong semasa membuat Live di TikTok telah mencetus persoalan netizen. Lihat ‘Pocong’ tersebut melalui pautan di bawah.

Rakam Pocong Ketika ‘Live’ Di TikTok, Netizen Kembali Persoalkan Kesahihan Video Ini

Entiti Misteri Dirakam Bertenggek Atas Lori Sampah Jadi Bualan Netizen

Netizen Berbalah Tentang Kesahihan Rakaman Video Penampakan ‘Hantu’ Dari Indonesia Ini

Sumber