Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pada pertengahan Oktober lalu, ‘Squid Game’ berjaya meraih ‘durian runtuh’ apabila sembilan episod yang ditayangkan pada platform Netflix telah berjaya meraih kutipan sehingga $891 juta (~RM3.7 bilion) hasil sambutan luar biasa dari penonton seluruh dunia.

Walau bagaimanapun, Korea Utara tetap menjadi negara yang langsung tidak akan menerima sebarang jenis hiburan dari negara luar. Lebih-lebih lagi dari negara ‘seteru abadi’ mereka, Korea Selatan.

Baru-baru ini, portal Radio Free Asia (RFA) melaporkan Korea Utara telah menjatuhkan hukuman mati kepada seorang lelaki yang menyeludup dan menjual salinan siri ‘Squid Game’ selepas pihak berkuasa menangkap tujuh pelajar sekolah menengah menonton rancangan popular global berbahasa Korea itu.

Penyeludup itu dikatakan membawa salinan siri Netflix tersebut ke Korea Utara selepas pulang dari China dan menjual USB yang mengandungi siri ‘Squid Game’ itu. Menurut sumber RFA, hukuman mati yang dikenakan terhadap lelaki tersebut akan dilaksanakan oleh skuad tembak.

Tambah sumber RFA lagi, seorang pelajar yang membeli USB tersebut menerima hukuman penjara seumur hidup, manakala enam pelajar lagi yang menonton rancangan itu telah dijatuhi hukuman kerja berat selama lima tahun dan guru serta pentadbir sekolah telah dipecat serta dibuang kerja untuk bekerja di lombong terpencil.

Penahanan tujuh pelajar itu menandakan kali pertama kerajaan menggunakan undang-undang yang baru diluluskan mengenai ‘Penghapusan Pemikiran dan Budaya Penentangan’ (Elimination of Reactionary Thought and Culture) dalam kes yang melibatkan kanak-kanak bawah umur.

Undang-undang itu yang diisytiharkan tahun lepas membawa hukuman mati maksimum atas kesalahan menonton, menyimpan atau mengedar sebarang jenis media dari negara kapitalis, khususnya Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

Baca lagi artikel-artikel Squid Game yang memberi kesan kepada seluruh dunia melalui pautan di bawah.

Permintaan Kasut Vans Slip-On Putih Meningkat 7,800% Kerana Squid Game

Nombor Pada Kad Squid Game Asli, Pemilik ‘Stress’ Terima Lebih 4,000 Panggilan Setiap Hari

Squid Game Tanpa Hukuman Mati, Permainan Berdasarkan Siri Netflix Akan Dianjurkan Di Abu Dhabi

Anda Mungkin Suka