Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kelakuan orang mabuk kadang-kadang mengjengkelkan, manakala yang lain pula kadang-kadang bertindak di luar kawalan mereka. Seperti lelaki Turki yang mabuk ini. Dia telah bekerjasama dengan pasukan mencari untuk menghabiskan masa berjam-jam bagi menjejaki orang yang hilang tersebut. Tetapi ternyata yang dicari oleh pasukan keselamatan itu adalah dirinya sendiri.

Memetik laporan Malay Mail, lelaki yang bernama Beyhan Mutlu menghabiskan harinya dengan minum-minum bersama rakannya pada hari Selasa dan selesai melepak, dia telah berjalan-jalan ke hutan di wilayah Bursa.

Dia masuk ke hutan tersebut dengan tidak memberitahu isterinya. Disebabkan dia tidak pulang seharian, keesokkan harinya, isteri dan rakannya melaporkan kepada pihak berkuasa bahawa Mutlu hilang.

Setelah menerima laporan tersebut, pihak berkuasa pun mengerahkan pasukan mereka untuk menjalankan usaha menjejaki Mutlu. Difahamkan bahawa semasa pasukan mencari memasuki hutan, Mutlu berselisih dengan mereka dan memutuskan untuk bergabung dengan pasukan mencari bagi mengesan dirinya sendiri, lapor Drink Business.

Namun apabila salah seorang anggota pasukan mencari mula memanggil namanya, Mutlu terkejut dan menjawab, “Saya di sini.” Selepas itu, Mutlu “ditangkap” oleh salah seorang anggota skuad carian dan diminta untuk memberikan kenyataan. Polis kemudian membawa Mutlu pulang dan tidak pasti adakah Mutlu didenda.

Tindakan ‘bijak’ seorang pencuri jual motosikal yang dicufi kepada pemiliknya. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Tindakan ‘Bijak’ Seorang Pencuri Jual Motosikal Yang Dicuri Kepada Pemiliknya

Korban Pemandu Mabuk Meningkat, Netizen Lancar Petisyen Haramkan Jualan Arak

Lalu Lintas Sesak Selepas Dua Individu Disyaki Mabuk Tertidur Di Hadapan Lampu Isyarat

Anda Mungkin Suka