Seringkali apabila mempelajari ilmu berkaitan fizik dan matematik, formula atau kuantiti dengan nama-nama pakar fizik luar negara khususnya barat antara yang disebutkan.

Walaubagaimanapun, lain ceritanya pada kali ini apabila seorang lelaki Malaysia berjaya menghasilkan sebuah formula baru sekaligus meletakkan nama kuantiti yang dicipta dengan nama beliau sendiri iaitu Fawzal Number.

Secara asasnya, Fawzal Number atau nombor Fawzal merujuk kepada nisbah pemindahan haba atau kapasiti penyejukan dengan kuasa yang digunakan oleh sesebuah rekabentuk. Nombor Fawzal ini didefinisikan sebagai Fawzal Number bersamaan convective HT dibahagikan dengan penggunaan kuasa.

62124233_2374679672593430_5570893696141885440_n

Lebih membanggakan, konsep ini turut diaplikasikan pada model terpantas pernah dihasilkan oleh sebuah syarikat pembuatan supercar terulung di Itali.

Melalui perkongsian Aid, syarikat terulung tersebut telah menggunakan konsep rotor cooling technique untuk sistem penyejukan kedua bagi electric machine model keluaran mereka. Konsep rotor cooling technique cetusan Aid ini antara yang terawal di dunia pernah dicipta bagi electric machine berkuasa tinggi.

Beliau turut diberi peluang oleh syarikat tersebut untuk menguji keberkesanan sistem penyejukan yang dihasilkan oleh syarikat tersebut. Pada fasa ini, beliau telah menggunakan konsep Fawzal Number bagi menentukan rekaan manakah yang terbaik.

Semestinya sebuah pencapaian yang membanggakan apabila melihat Anak Malaysia juga mampu menghasilkan sebuah kuantiti tersendiri serta digunapakai oleh syarikat hebat dari Itali. Pencapaian Fawzal ini turut membuktikan Anak Malaysia juga mampu menjadi penyumbang terbesar dalam ilmu automotif dunia.