Lelaki Marlboro pertama meninggal dunia di usia 90 tahun dan yang paling menarik tentang beliau adalah dia bukanlah seorang perokok.

Robert ‘Bob’ Norris tidak pernah merokok sepanjang hidupnya, tetapi dia telah berkhidmat sebagai wajah utama jenama rokok paling popular di kaca TV: Marlboro.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dia sering muncul di kaca tv sebagai seorang koboi lasak yang menunggang kuda dengan rokok dimulutnya. Wajah Norris sentiasa beredar di sekitar Amerika dan Eropah selama lebih 14 tahun.

Dia meninggal dunia pada 3 November di Colorado Springs, Colorado, pada usia 90 tahun.

The-original-‘Marlboro-Man’-has-died-at-90.-Bob-Norris
DNyuz

Kita ketepikan sebentar kehidupan Norris sebagai seorang model syarikat rokok.

Untuk pengetahuan anda, Norris sebenarnya adalah seorang peternak kuda. Dia memiliki tanah seluas 63,000 ekar berhampiran Colorado Springs yang dipanggil T-Cross Ranch.

Dia juga adalah kawan baik kepada John Wayne, seorang pelakon yang banyak membintangi filem cowboys pada tahun 1970-an.

Jodoh Norris dengan Marlboro bermula apabila salah seorang Eksekutif Marlboro membaca satu keratan akhbar yang memaparkan wajah John Wayne dan Norris – tidak lama selepas itu mereka telah menjadi Norris sebagai wajah utama buat Marlboro.

Selepas hampir sedekad bersama Marlboro, Norris mengambil keputusan untuk berhenti daripada menjadi tunjang utama syarikat rokok terkenal Amerika tersebut. Semuanya disebabkan anaknya yang menyokong kempen untuk memerangi rokok yang nyata tidak baik untuk kesihatan.

Salah seorang anaknya pernah memberitahu stesen radio tempatan, WKYT, bahawa Norris sangat tegas dengan anak-anaknya dan dia pernah memberitahu mereka bahawa dia tidak mahu anaknya seorang pun cuba untuk menghisap rokok.

Kebencian Norris terhadap rokok telah menjadikan dia seorang yang unik di kalangan lelaki Marlboro. Untuk rekod, sekurang-kurangnya lima lelaki yang pernah muncul di dalam iklan Marlboro telah meninggal dunia disebabkan rokok.

Berikut adalah tiga cerita lain mengenai rokok untuk korang baca sambil menikmati hujung minggu. Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut. 

Tujuh Individu Tewas Cabar Larangan Merokok Di Tempat Makan Awam

Penjualan Cecair Rokok Elektronik Mengandungi Nikotin Bakal Dikenakan Denda Atau Penjara

KKM Cadang Kerja Khidmat Masyarakat Buat Perokok Yang Ingkar