Jika anda adalah salah seorang peminat setia filem aksi Ip Man, sudah pasti anda mengetahui apakah itu kung fu Wing Chun yang diamalkan oleh Donnie Yen dalam filem tersebut.

Walaupun seni mempertahankan diri itu sinonim dengan masyarakat Cina, namun siapa sangka ada lelaki Melayu yang mahir ber- wing chun seakan-akan Ip Man di negara kita.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bukan sahaja boleh berkungfu seakan-akan pelakon aksi handalan, namun lelaki Melayu ini, Kahar Saidun juga boleh mengendalikan kelas untuk mengajar Wing Chun di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

kahar 2 fb
Sumber: Kahar Saidun Facebook

Beliau yang sudah hampir 30 tahun melibatkan diri dalam seni mempertahankan diri Wing Chun berkata dia mula mempelajari seni itu sejak meninggalkan bangku persekolahan pada 1991.

Bercerita kepada Bernama seperti dipetik portal Malaysiakini, Kahar juga mendedahkan dirinya sudah pun boleh dianggap sebagai grand master kung fu Yip Kin Wing Chun atau dalam bahasa mudahnya sebagai seorang sifu.

Namun begitu, perjalanannya sebagai seorang anak Melayu untuk mempelajari Wing Chun bukanlah mudah pada awal pembabitannya.

“Bagi kebanyakan guru atau pengamal Wing Chun tradisional, seboleh-bolehnya mereka hanya mahu memperturunkan seni mempertahankan diri itu dalam kalangan anggota keluarga dan enggan menerima murid luar,” jelasnya.

Bagaimanapun, dia akhirnya diterima sebagai anak murid oleh sifu Yip Fook Choy pada 1991 di Pudu dan menjadi satu-satunya budak lelaki Melayu dalam kalangan murid sifu tersebut.

Ketika melanjutkan pelajarannya di United Kingdom, dia juga berpeluang untuk mempelajari Wing Chun bersama seorang lagi sifu yang dikenalinya di sana.

Bagaimanapun, bersama sifu tersebut dia mempelajari seni Wing Chun Ip Man dari Hong Kong yang sedikit berbeza dari apa yang dipelajarinya ketika berada di Malaysia.

Di Malaysia, dia mempelajari Wing Chun berketurunan Yip Kin bersama sifu pertamanya Yip Fook Choy.

Ketika di UK juga, dia sempat menyertai perlawanan sesama peminat seni mempertahankan diri dan berjaya menewaskan lawannya dengan Wing Chun yang dimilikinya.

Bagaimanapun, ketika menceritakan perkara tersebut kepada sifunya di Kuala Lumpur, dia menerima pengajaran yang sangat berguna.

“Sebaliknya, beliau terus memusingkan badan saya dengan hanya satu tangan sehingga menyebabkan saya tersungkur,” katanya menambah pada saat itulah beliau terkedu, insaf dan menyesal dengan keegoan dirinya.

“Sejak daripada peristiwa itu, saya sedar bahawa seni mempertahankan diri bukan untuk mencetuskan pergaduhan, sebaliknya perlu bersikap rendah diri setiap masa,” jelasnya.

Mungkin ada yang pelik dan tertanya-tanya kenapa Kahar tidak mempelajari seni mempertahankan diri yang lebih sinonim dengan masyarakat Melayu seperti silat.

Menjelaskan perkara tersebut, Kahar berkata dia sebenarnya cuba untuk mengikuti jejak langkah arwah ayahnya yang berkebolehan mempraktikkan pebagai seni mempertahankan diri.

“Namun, beliau mencadangkan agar saya mempelajari seni mempertahankan diri Cina kerana ayah pernah mempelajari kung fu shaolin ‘Lohan 18 Hands’.

Selain mahir berkung fu, Kahar juga terlibat dalam membuat persembahan tarian singa yang juga sinonim dengan masyarakat Cina.

Kami sebelum ini juga pernah berkongsi kisah Tuan Guru Aziz, penggiat seni yang masih aktif dalam gerakan seni silat, busana dan gendang Melayu lama. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Tuan Guru Aziz, Pembela Seni Silat Yang Kian Dilupakan Oleh Masyarakat

Tonton Trailer Terbaru Ip Man 4: The Finale Menampilkan Bruce Lee Dan ‘Yuri Boyka’

Pertempuran Hebat Seni Wing Chun Dalam ‘Master Z: The Ip Man Legacy’

Sumber