Pemakaian tanjak di bahagian kepala adalah amalan yang sangat sinonim dalam kalangan kaum lelaki Melayu tradisional suatu ketika dahulu. Malah, trend pemakaian alat yang sentiasa menjadi pilihan pahlawan Melayu itu juga kembali popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Tidak mahu tradisi pemakaian tanjak hilang ditelan zaman, seorang graduan doktor falsafah daripada Malaysia, Dr Khair Razlan Othman memilih untuk memakai tanjak ketika upacara graduasinya di Universiti Oxford, London.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkara itu menjadi tular selepas dia memuat naik status Facebook yang menunjukkan gambarnya yang lengkap bertanjak ketika meraikan hari bersejarah itu bersama keluarganya baru-baru ini.

Menceritakan kisahnya untuk bertanjak di majlis tersebut yang diadakan di United Kingdom, Dr Khair memberitahu dia pada awalnya disalah anggap sebagai meneruskan tradisi rakyat Indonesia ketika mula-mula menyatakan hajatnya kepada ‘Sang Proktor Kolej’.

Yes sure. That’s lovely. It must be from Indonesia..”

“Oh, tidak. Saya orang Melayu dari Malaysia!”, jelas Dr Khair dalam perkongsiannya di Facebook.

Menurut perkongsian itu juga, Dr Khair menjelaskan dia tidak berkeseorangan bertanjak hari itu kerana bapanya Othman Ahmad turut mengenakan tanjak ketika majlis graduasi itu.

Tatkala graduan lain selesa dengan pemakaian mortar board, namun Dr Khair pula memutuskan untuk memakai tanjak bagi menunjukkan kepada masyarakat dunia maksud sebenar falsafah Melayu takkan hilang di dunia.

Mengulas lanjut mengenai keputusannya untuk memakai tanjak di majlis graduasi di salah satu universiti terkenal dunia, dia mengakui perkara itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan dan bukannya dibuat kerana populariti.

Sebaliknya ia adalah untuk memperkenalkan tradisi bangsa Melayu sejak turun temurun kepada para hadirin yang ada dalam majlis tersebut.

“Harapnya menjadi yang pertama dan satu-satunya barangkali semenjak sejarah penubuhan Oxford.

“Memperkenalkan pakaian tradisi warisan berzaman, tanda budi dan tinggi peradaban bangsa dalam majlis berprestij sebegini,” kongsinya di Facebook.

Memakai pakaian tradisional di majlis-majlis berprestij bukanlah satu perkara yang baru. Baca perkongsian kami sebelum ini mengenai pemain bola sepak yang turut mengenakan pakaian tradisional masing-masing di majlis anugerah. 

5 Pemain Bola Sepak Professional Yang Menyarung Pakaian Tradisional Di Majlis Anugerah Antarabangsa

Netizen Bangga Lihat Pelajar Malaysia Ini Berucap Depan 6,000 Orang Pada Hari Graduasi Di Amerika Syarikat

Demi Hadiri Di Hari Graduasi Saya Di England, Ibu Sanggup Meminjam Dengan Ceti

Sumber