Sementara itu di Singapura, seorang lelaki tua orang putih mengejek dan membuli seorang remaja. Malah, orang putih itu juga mengajak remaja terbabit untuk bertumbuk dan mengugut menolaknya keluar daripada keretapi.

Orang putih tersebut kurang senang dengan t-shirt yang tertulis “I am f-king Special” dipakai remaja itu dan mula mengejek dan memarahinya.

Walaunpun diejek, remaja itu hanya buat bodoh dan tidak mempedulikan kata-kata orang putih tersebut. Ini membuatkan lelaki tua itu meninggikan suara kepadanya, “Do you want to fight?”

Penumpang penumpang komuter yang lain tidak mempedulikan situasi tersebut dengan masing masing membuat hal sendiri.

Apabila keretapi itu sampai ke stesen Ang Mo Kio, orang putih itu berkata kepada remaja tersebut,

“You getting off? Are you getting off? Or I’m gonna have to throw you off?”

Keadaan ini membuatkan seorang lelaki Melayu berdiri dan mempertahankan remaja tersebut dengan menyoal sikap buli orang putih itu.

Kedua duanya bertengkar sehingga dia memarahi orang putih itu yang mana kelihatan takut selepas itu.

Akhirnya kedua dua mereka diarahkan turun daripada keretapi oleh pegawai polis.

Lelaki Melayu itu dikenali sebagai “Elfy” dan menggunakan nama “Loony Gates” di Facebook.

16183_956433614376000_530782832460087439_n

Melalui akaun Facebook pengguna Singapura, ramai yang memuji tindakan Elfy kerana keberaniannya mempertahankan apa yang betul.

Elfy juga memberi respon kepada apa yang terjadi pada Sabtu lepas di Facebooknya.

Screen Shot 2015-07-13 at 8.40.47 PM

Video insiden ini dimuat naik ke internet oleh Nabilah Nasser di Facebooknya dan menjadi viral. Dia juga menerangkan apa yang terjadi.

Screen Shot 2015-07-13 at 8.39.48 PM

Nabilah juga memberitahu polis tidak mengambil apa apa tindakan terhadap orang putih tersebut dan enggan melihat video yang dirakam.

Screen Shot 2015-07-13 at 8.41.07 PM

Namun, kisah ini boleh dijadikan pengajaran dan inspirasi kita untuk berani mempertahankan apa yang betul dan menghalang kemungkaran. Dan jangan memandang orang lain berdasarkan warna kulit.

Tonton video insiden tesebut dibawah.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram