Seorang lelaki menyuarakan rasa tidak puas hati beliau terhadap pihak berkuasa yang tidak mengambil tindakan tegas terhadap warga asing yang meniaga di sekitar kawasan Pasar Selayang. Di dalam sebuah video yang kini tular di laman Twitter, beliau mempersoalkan kenapa tiada tindakan daripada pihak berkuasa terhadap warga asing yang berniaga di kawasan tersebut.

Melalui dua video yang berdurasi sekitar hampir 2 minit lebih itu, seorang lelaki berkopiah dan berbaju hijau telah bertindak menyuarakan rasa kurang senang beliau. Dia mulanya membaca papan tanda yang melarang aktiviti perniagaan dijalankan di bahu jalan. Kemudian mempersoalkan kenapa warga asing dibenarkan melakukan perkara yang dilarang?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Dilarang menjaja di kawasan bahu jalan, ini bukan mereka meniaga. Ini macam depa buat macam mak bapak depa punya negara, Dia boh peti asi, dia boh kedai makan, dia boh khemah, tiada tindakan. Jalan dia halang. Lagi memalukan ada truck penguatkuasa, Majlis Perbandaran Selayan, pasaipa hampa tak mai angkat?” katanya sambil menyatakan bahawa di sekitar kawasan tersebut ada kereta polis yang menunggu. Namun tiada tindakan yang diambil.

Beliau kemudiaanya mempersoalkan kenapa undang-undang tersebut seperti berat sebelah. Kata beliau jika rakyat Malaysia yang lakukan perkara tersebut, pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang pantas. Tetapi jika warga asing, atau pelarian, tiada tindakan yang diambil. “Mereka ini pemegang kad pelarian, orang pegang kad pelarian tak datang berniaga. Pelarian bukan datang kerja. Pelarian hanya datang menumpang sahaja,” katanya dalam nada yang marah.

Tindakan lelaki ini yang mengamuk di hadapan pasar selayang mendapat perhatian ramai, tidak kira di kawasan umum, mahupun di media sosial. Bagi kebanyakan mereka yang menonton meluahkan rasa kecewa dengan perubahan yang berlaku di pasar selayang, di mana ia kini dikuasai oleh warga asing. Sebahagian pula menyatakan bahawa tiada apa yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa kerana isu pelarian itu berada di bawah bidang kuasa imigresen.