Baru-baru ini, seorang lelaki yang memuat naik video di akaun TikToknya yang mahu membuat prank kepada anak saudara lelakinya semasa ulang tahun ke-11 telah mengundang kecaman dari warganet.

Perkongsian video tersebut menunjukkan anak saudaranya yang dikenali sebagai Saiful Aniq Rayyan Saiful Fadhirul dijadikan gelandangan sebelum dibersihkan menjadi orang ‘normal’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut sumber, Nur Syahzuan Yunus, 21, menjelaskan dia tidak menyangka video tersebut menjadi tular. Malah, dia tidak mempunyai hasrat untuk menarik perhatian orang ramai dengan perbuatan tersebut. Niatnya hanya untuk membuat ‘prank’ sempena ulang tahun anak saudaranya itu.

Dalam pada itu, Syahzuan turut meminta maaf di atas kejadian tersebut kerana rata-rata orang menganggap kisah itu benar dan sedih melihat keadaan anak saudaranya menjadi gelandangan.

“Bukan itu sahaja, ada juga yang memuji, mendoakan, ada yang sudah tahu itu hanya sekadar kandungan untuk TikTok. Malah ada yang sanggup memberi bantuan dan yang paling menarik bila kebanyakannya komen ‘pulangkan air mata saya’.

Dia juga berkata ramai yang terpedaya disebabkan ayat digunakannya membuat warganet sedih serta gambar anak saudaranya berbaju koyak dan kotor, tetapi itu hanyalah solekan sahaja untuk pertandingan fotografi yang disertai tahun lalu.

Syahzuan juga memberitahu bahawa anak saudaranya itu tidak tahu mengenai video yang dimuat naiknya menjadi tular hingga mencecah 2.9 juta tontonan dan hampir 5,000 komen tak sampai 24 jam.

@syazzonee

Part 2 – Happy Birthday Abang (10 Nov) #fyp #fyppp #fypgakni

♬ original sound – heysyazz – heysyazz

Menjengah ke ruangan komen bagi video bahagian dua, segelintir mengatakan air mata mereka tidak jadi untuk mengalir kerana mendapat tahu itu adalah ‘prank’ serta mereka juga memaafkan Syahzuan di atas perbuatannya itu.