Di dunia ini, tanpa kira agama dan kepercayaan ada sekelompok orang yang percaya dengan melakukan ‘ritual keagamaan/kepercayaan’ sudah cukup untuk dapat apa yang mereka inginkan tanpa perlu bersusah-payah berusaha mendapatkannya.

Seorang Pemimpin Muda Gereja Risen Saints telah bersembunyi di satu kawasan pergunungan supaya dia dapat melengkap diri berpuasa 40 hari 40 malam kerana dia percaya tuhan akan berikan sebuah kereta Lamborghini, yang merupakan kereta idaman teman wanitanya.

Lelaki tersebut telah diselamatkan pada hari yang ke-33, ketika itu dia kelihatan lemah dan tidak dikenali oleh seorang rakannya. Kini dia dirawat di Hospital Kerajaan Bindura dan mula menunjukkan tanda-tanda untuk pulih.

“Dia sepatutnya niat berpuasa untuk mendapatkan pekerjaan kerana dia seorang penganggur,” kata Ketua Gereja Risen Saints, Uskup Mawuru.

Beliau mengatakan lelaki tersebut sangat ‘malang’ kerana membuat memutuskan untuk berpuasa demi sebuah kereta Lamborghini. Ahli gereja cuba mengumpulkan wang untuk membelikannya kereta tersebut tetapi berputus asa apabila mengetahui harga termurah yang mereka boleh dapat sekitar USD200,000 (RM827,000).

Akhirnya, mereka membuat keputusan untuk menggunakan jumlah kutipan wang hanya sebanyak USD37 (RM153) bagi menyelesaikan kos rawatan lelaki tersebut yang berada di hospital.

Seorang wanita sanggup memberikan RM300,000 kerana percaya ‘kekasihnya’ pelakon terkenal Andy Lau.

Kerana Percayakan ‘Andy Lau’ Sebagai Kekasih, Wanita Ini Telah Ditipu Lebih RM300,000

Percaya Dengan Cinta ‘Online’, Nenek 73 Tahun Di Bentong Ditipu RM61,500