Nota Editor: Kisah ini telah diceritakan oleh Dr Wan Johan Ariff, seorang doktor gigi yang mempunyai klinik gigi di Shah Alam. Dari kisah ini, benarlah tidak akan pernah rugi bila bersedekah dan berbuat baik sesama makhluk tanpa mengira pangkat, agama dan bangsa.

doktor-gigi

Perkongsian kebaikan.

Hanya untuk berkongsi betapa Allah jadikan kita berbeda bangsa dan agama untuk sesama menghargai satu sama lain.

Lama beliau mundar mandir di hadapan klinik saya. Seorang uncle (Chinese) sambil mengendung payung dan memegang kad pengenalan OKU.

Apabila di tanya kenapa uncle tak nak masuk klinik saya? Beliau menjawab dengan gagap dan perlahan. ‘ Saya takut doktor tak nak rawat saya sebab saya cacat ‘

Saya memegang bahu beliau dan membawa beliau ke kaunter untuk mendaftar.

Beliau masuk dan duduk dan meminta untuk dibetulkan gigi palsu yang pernah di buat beberapa minggu lepas di tempat yang lain. Alhamdulillah saya dapat membantu beliau serba sedikit untuk lebih selesa memakai gigi palsu tersebut. Dan beliau pun berasa selesa.

Di kaunter, beliau terus mengeluarkan bungkusan plastik yang mengandungi helaian duit kertas dan wang syiling. Beliau terus berkata kepada staff yang bertugas.

‘Adik, saya ada ini sahaja’ dalam nada yang gagap. Saya yang berada di kaunter bersama staff, lantas berkata ‘uncle tak apa, saya belanja uncle.

Bersungguh-sungguh beliau ingin saya mengambil duit beliau. Namun kami menolaknya dengan berkata ‘takpa uncle, duit ni buat belanja uncle makan di gerai bawah’.

Beliau pergi dengan senyuman yang gembira.

Setelah petang, semasa saya ingin keluar membeli juadah berbuka, saya tidak menyangka bahawa beliau menunggu seharian utk memberi juadah berbuka puasa kepada saya walau hanya kari ayam dan nasi kosong. Saya terimanya dengan rasa terharu.

Terima kasih uncle.

BACA: Kerana Viral Di Facebook, Lelaki Ini Berjaya Pulangkan Kamera Hilang Milik Pelancong Asing

BACA juga: Guru Quran Dari Kemboja Pernah Diancam Bunuh Oleh Pol Pot Kerana Dalami Quran

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram