Dalam satu hasil kajian yang dilakukan oleh ahli psikologi Amerika Syarikat mendapati bahawa lelaki yang memakai baju dengan logo besar jenama mewah kebanyakannya tidak boleh dipercayai dan kurang jujur.

Dalam laporan yang dikeluarkan oleh Daily Mail, kajian ini mahu menumpukan kepada persoalan adakah pakaian dan gaya seorang lelaki menjadikan ia lebih menarik di mata wanita. Teorinya ialah – gaya yang kelihatan kaya itu menandakan kuasa ekonomi dan kuasa melabur yang baik untuk masa hadapan anak-anak mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagaimapun, hasil kajian menunjukkan bahawa lelaki yang memaparkan pakaian dengan logo jenama mewah yang besar dilihat lebih cenderung untuk hanya menjalinkan hubungan intim dan tidak lebih daripada itu.

Dalam kajian tersebut, lebih 300 pelajar di AS dipamerkan baju dengan logo Polo Ralph Lauren yang dicetak sama ada dalam saiz kecil atau besar. Mereka kemudian diminta untuk membayangkan lelaki yang memakai baju tersebut serta diminta menilai dari 1-100 dalam pelbagai faktor dan tingkah laku si pemakai.

Dr Kruger, ahli psikologi evolusi dari Universiti Michigan di Ann Arbor berkata bahawa hasil kajian tersebut mendapati bahawa pelajar ini membayangkan lelaki yang memakai baju dengan logo yang lebih besar lebih berminat untuk menjalinkan hubungan intim dan kurang berminat untuk menjadi ibu bapa. 

Kuala Lumpur adalah bandar ketiga paling ‘overworked’ di dunia, lapor kajian antarabangsa. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Kuala Lumpur Adalah Bandar Ketiga Paling ‘Overworked’ Di Dunia, Lapor Kajian Antarabangsa

Acara Maraton Terburuk Di Dunia Jatuh Kepada Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon

Kajian Mendapati Tentera Lebih Takut Dengan Doktor Gigi Berbanding Perang