Seorang lelaki memakai telekung dirakam mencuri barangan berharga milik seorang wanita ketika dia sedang menunaikan solat Subuh di sebuah masjid di Seksyen 18, Shah Alam.

Dalam siri ciapan yang disiarkan oleh @azfrrr pada 20 December lalu, dia memuat naik beberapa gambar seorang lelaki dipercayai mencuri iPhone X milik ibunya dengan menyamar sebagai salah seorang jemaah muslimah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Mohon pertolongan warga #ShahAlam #Seksyen18ShahAlam yang kenal hamba Allah yang sanggup menyarung telekung untuk curi iPhone X mak saya subuh hari ini 20 Dis 2022 untuk beritahu pulangkan balik iPhone X tersebut,” katanya.

https://twitter.com/azfrrr/status/1605090775049547776?s=46&t=ko5eGtfGr36iqSPSX_7Gng

Dia menambah bahawa ganjaran akan diberikan kepada mereka yang sudi membantu mencari lelaki tersebut.

Dalam video tersebut, lelaki itu dilihat menyelinap masuk ke surau wanita dan terus memakai telekung yang disediakan oleh pihak masjid.

Selepas melihat sekeliling untuk memastikan tiada orang lain di situ, lelaki itu cepat-cepat menyambar beg tangan mangsa dan melarikan diri dari tempat kejadian ketika wanita itu dalam keadaan sujud.

Ciapan Azfar telah mendapat reaksi pelbagai oleh netizen dengan kebanyakannya marah dengan tindakan pencuri yang tidak bertanggungjawab.

Manakala seorang netizen memberitahu Azfar bahawa kejadian yang sama telah terjadi di masjid tersebut beberapa hari selepas kejadian yang menimpa Ibu Azfar.