Walaupun Opie Hughes boleh melihat dengan baik, dia sebenarnya mengalami protanopia iaitu hilang upaya untuk melihat warna merah dan hijau dengan betul.

Dengan menggunakan sepasang cermin mata EnChroma glasses, Hughes akhirnya dapat melihat 2 warna tersebut dengan tepat buat pertama kali dalam hidupnya. Menurut laman web EnChroma glasses, cermin mata ini membolehkan mereka yang rabun warna melihat warna terang dengan lebih tepat dan jelas tanpa menjejaskan warna lain.”

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hughes mendapat tahu tentang teknologi ini tapi beliau tidak mampu untuk membelanjakan USD350 semata-mata untuk membeli kaca mata ini.

“Teman wanita saya sebenarnya terjumpa kaca mata ini dalam talian dan tagged saya dalam pautan ketika saya berada di tempat kerja,” Hughes memberitahu Inside Edition.

“Saya ingin membeli kaca mata ini dengan segera tetapi kemudian menyedari harganya diluar kemampuan saya. Kakak saya akhirnya menubuhkan GoFundMe. Meskipun begitu saya tidak mengharapkan apa-apa dari penubuhan tabung ini.”

Kakak Hughes, Katherine Empey memberikan kacamata ini sebagai hadiah hari jadi kepadanya.

Apabila Hughes mencuba kacamata ini untuk beberapa saat beliau merasa sangat teruja. Hughes turut mengalirkan air mata terharu sambil membelek warna baju, bunga dan juga warna mata anak-anaknya buat pertama kali.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram