Kecoh di media sosial sekitar akhir tahun lalu apabila tular sebuah video sebuah melihatkan seorang suami yang ‘kantoi’ curang dengan seorang wanita. Video yang dirakam oleh isteri kepada lelaki tersebut dengan mempamerkan muka beserta gaya rambut bersikat tepi telah meraih pelbagai respon di kalangan netizen.

Di sangka kes sudah berakhir, siapa sangka isu menjadi semakin serius apabila tular sebuah perkongsian yang memaklumkan  wanita yang merupakan isteri kepada pelaku yang tular dalam video telah dimasukkan dalam penjara gara-gara tindakan bekas suaminya.

Baca Juga:

Menerusi perkongsian sepupu kepada wanita tersebut, isunya bermula apabila wanita ini berjuang untuk mendapatkan hak penjagaan anak di mana beliau telah dinasihatkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) agar sabar dan tidak boleh menyebarkan fitnah meskipun sudah ada bukti yang jelas.

https://twitter.com/elisataufik/status/1581986472491896838?s=46&t=KVFIowxsVnOL29H5iUThYg

Isu menjadi lebih serius apabila si ibu ini tidak membenarkan anaknya dijaga oleh bekas suami gara-gara anaknya mengalami Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) dan COVID-19 membuatkan beliau memilih untuk tidak melepaskannya agar tidak berlaku penyebaran wabak serta memastikan anak tersebut dapat dijaga dengan baik.

Mengetahui alasan yang diberikan, lelaki yang tular dalam video tersebut difahamkan telah memaklumkan kepada pihak mahkamah untuk penjarakan bekas isterinya gara-gara melanggar perintah mahkamah.

Dikatakan dakwaan yang dibuat telah mendapat persetujuan pihak mahkamah tanpa mengambil kira isu penyakit yang dialami anak kecil tersebut sekaligus membuatkan wanita ini dipenjarakan.

Bukan itu sahaja, lelaki ini didakwa telah memaklumkan kepada pihak KKM mengenai bekas isterinya yang kini merupakan banduan sekaligus membuatkan tugas beliau sebagai doktor beliau terpaksa dilepaskan.

Sementara menantikan keputusan mahkamah yang panjang, wanita ini telah meminta bekas suaminya untuk menjaga anak mereka kerana mahu elakkan ibu beliau beliau dipenjara gara-gara tuduhan ‘menculik’.

Walau bagaimanapun, difahamkan lelaki ini telah memaklumkan kepada bekas isterinya bahawa tiada perintah mahkamah yang memerlukan seorang bapa menjaga anak sekiranya bekas isteri masuk ke penjara.

Situasi yang berlaku telah membuatkan pengongsi ini mahukan jawapan yang pantas daripada pihak KKM dan mahkamah syariah terhadap isu yang berlaku. Malah individu yang berkongsi kisah ini memaklumkan seolah-olah undang-undang seakan berpihak kepada pihak suami sahaja.

https://twitter.com/HimawariCopea/status/1582215387286228992

Perkongsian yang dibuat pengongsi ini telah membuat para netizen berang mengetahui tindakan yang dilakukan dalam menghukum bekas isteri. Tidak kurang juga meluahkan rasa tidak puas hati terhadap undang-undang Mahkamah Shariah dalam negara.