Singapura telah menjalankan perintah ‘circuit breaker‘ bagi memutuskan rantaian COVID-19 sejak 7 April yang lalu. Seperti juga di Malaysia, hanya wakil keluarga sahaja yang dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan harian dan segala aktiviti luar dibekukan.

Ramai yang patuh dengan perintah berkenaan namun tidak bagi lelaki ini. Lee Chee Kin, 39 tahun telah ditahan kerana melanggar perintah circuit breaker. Sebab beliau ditangkap juga agak unik; beliau kantoi kerana cuba mencuri pakaian dalam wanita.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut laporan Mediacorp, beliau telah ditemui dengan lebih 100 pakaian dalam wanita di rumahnya, dengan sebahagiannya dicuri antara April 2018 dengan April 2020. Dia turut meninggalkan rumahnya tanpa berpelitup muka ketika ‘buat kerja’ semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan berjalan.

https://twitter.com/cheryna27/status/1262742969699799044

Lee mengaku bersalah atas 10 tuduhan mencuri, menceroboh, mengakses bahan komputer tanpa kebenaran dan melanggar peraturan COVID-19. Baki 14 tuduhan akan dipertimbangkan bagi hukumannya.

“Tertuduh menggunakan pakaian dalam wanita yang dicuri itu bagi kepuasan seksualnya sendiri,” kata Timbalan Pendakwa Raya Kwang Jia Min.

Lee telah ditahan atas tuduhan menceroboh dan mencuri 12 Julai tahun lalu dengan 106 pakaian dalam dan 41 celana wanita ditemui di rumahnya. Beliau pada ketika ini ‘bebas’ kerana diikat jamin tetapi tetap mahu mencuri pakaian dalam walaupun beliau sedang dibicarakan di mahkamah.

Nilai barang curi tertinggi Lee sebelum ini adalah sebanyak S$1,000 (~RM3,074) di mana pakaian dalam yang dicurinya diperolehi dari beberapa rumah yang dimasukinya antara Februari dan Mac 2019.

Sabit kesalahan Lee boleh dipenjara sehingga tiga bulan, didenda sehingga S$500 atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan menceroboh dan dihukum penjara sehingga tiga tahun, didenda, atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan mencuri.

Beliau juga turut berdepan kesalahan melanggar peraturan COVID-19 di mana Lee boleh dipenjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$10,000, atau kedua-duanya sekali.

Dalam masa itu, China terpaksa lockdown kembali wilayah Jilin selepas kes terdapat kes baharu COVID-19 dikesan di sana. Baca lagi pada pautan di bawah.

Lebih Sebulan Tamatkan ‘Lockdown’, China Kembali Diserang Dengan Wabak COVID-19

Perniagaan Tidak Sebaik Disangka, Pos Malaysia Jawab Gesaan Netizen Di Media Sosial

Bukan RM144,000 Tetapi Ini Pendapatan Sebenar Sugu Pavithra Selepas Meletup Di YouTube

Sumber