Seseorang yang sakit mengharungi hidupnya day by day tanpa meletakkan apa-apa harapan terutama apabila mengetahui sakitnya itu tiada ubat. Namun, segala-galanya berubah apabila orang sakit mengenali apa itu cinta.

Cinta menumbuhkan rasa harapan untuk terus hidup bersama orang tersayang. Rasa lemah boleh berubah jadi kuat dengan adanya cinta. Cinta itu antara ubat terbaik bagi mereka yang sakit dan struggle untuk kembali sembuh.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hari ini, saya baru selesai menonton filem Closer To Heaven buat kali kedua. Closer To Heaven atau Nae sarang nae gyeotae; yang bermaksud “My Love by My Side” ialah sebuah filem Korea Selatan yang diterbitkan pada 2009 di bawah arahan Park Jin-pyo.

Lain orang, lain jalan kehidupan, dan lain struggle yang diharunginya. Begitu jugalah dengan dua watak utama filem ini yang dibintangi oleh Ha Ji-won dan Kim Myung-min.

Ceritanya berkisar tentang kisah hidup watak utama, Baek Jong-woo yang menghidapi Lou Gehrig’s disease atau nama panjangnya ‘amyotrophic lateral sclerosis’ (ALS) sejak remaja lagi.

Semasa majlis pengebumian emaknya, dia telah bertemu dengan watak heroin, Lee Ji-soo yang akhirnya menjadi pasangan hidup dia. Dia propose Ji-soo, orang yang diminatinya sejak zaman sekolah lagi. Dia tak nak sia-siakan peluang dan hayat yang ada.

Lee Ji-soo yang bekerja sebagai jurumekap orang mati menerimanya dan sedar akan sakit yang dialami oleh Jong-woo. Sejak itu, kehidupannya mula berubah dan berkisar tentang Jong-woo yang makin lama makin mudarat keadaannya.

Sedih dan menyayat hati apabila orang yang kita sayang dan cinta makin sakit dan makin dekat dengan waktu untuk dia ‘pergi jauh’. Detik-detik mereka bersama dalam suka dan duka mampu mennyentuh hati kita. Ada saat juga mereka bergaduh kerana tekanan yang dialami.

Filem ini menunjukkan bagaimana kehidupan orang sihat dan orang sakit harungi hidup bersama atas dasar cinta. Walaupun ia hanya fiksyen, gambaran yang ditonjolkan lebih ke arah realiti sebenar.

Sebenarnya, saya tonton filem ini bukanlah kerana mahu lihat tragik sebuah kehidupan tetapi mahu lebih mengetahui tentang penyakit ALS itu. Jika dalam filem ini pun kita boleh rasa struggle hero, bayangkan pula orang yang benar-benar hidup dengan ALS.

Bagaimana dia menghadapi hidupnya dan bagaimana dia menangani penyakitnya. Memang orang kata ia sekadar filem, namun ia tetap dapat beri gambaran untuk lebih memahami diri sendiri.

ALS ialah progressive neurodegenerative disease yang memberi kesan ke atas sel-sel saraf di otak dan spinal cord sehingga boleh membawa kepada kematian.

Penyakit ini tiada ubat. Namun penghidapnya menerima rawatan untuk prolong shelf-life mereka aka survival to stay alive.

Penghidapnya akan mula hilang keupayaan atau kelemahan otot yang melibatkan kaki dan tangan, pertuturan, sukar menelan dan bernafas.

Kebanyakan penghidapnya berakhir dengan keadaan lumpuh dan limbs mula kelihatan lebih kecil akibat muscle tissues atrophies.

Puncanya? Genetik, jika ada sanak-saudara atau keturunan pernah hidapi penyakit ini. Jika tiada sejarah keluarga, ia tiada sebab yang spesifik.

Namun, majoriti menunjukkan ia disebabkan oleh trauma pada kepala, bersukan, keracunan makanan akibat alga biru-hijau dan juga perkhidmatan tentera (aktiviti lasak).

Ramai mula sedar tentang ALS apabila ada cabaran mandi ais Ice Bucket Challenge yang turut disertai oleh pelbagai golongan termasuk selebriti.

Anda boleh baca artikel berkenaannya di sini, Tahu Dan Faham Apa Itu ALS Ice Bucket Challenge. Kami Tidak Bergurau, Ia Serius!