Jumaat lalu secara rasminya dilancarkan model edisi terhad adidas Yeezy 350 V2 ‘Black’ di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Disebabkan model ini dijual dalam kuantiti yang terhad, ramai yang sanggup beratur panjang dan ada yang sanggup beratur semalaman untuk membeli kasut ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun, di Taiwan ada seorang lelaki yang sangguo beratur 3 hari sebelum tarikh pelancaran untuk tidak terlepas mendapatkan kasut ini. Menariknya, kasut berkenaan dibeli bukan untuk dirinya tetapi sebagai hadiah untuk anaknya.

Lelaki berkenaan yang berusia 44 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Li adalah salah seorang daripada 20 orang terawal yang beratur untuk membeli kasut ini di butik adidas Taichung, Taiwan.

adidas YEEZY BOOST 350 V2 vckt
adidas YEEZY BOOST 350 V2 ‘Black’

Berbekalkan kotak kadboard dan hanya memakai selipar, beliau sanggup tidur di luar butik berkenaan kerana tidak mahu orang lain memotong barisan.

Li tidak kisah untuk beratur kerana kasut berkenaan adalah hadiah dan ganjaran untuk anaknya yang rajin dalam pelajaran. Menurut Li, anaknya yang kini berada di tingkatan 3 sangat mahukan kasut tersebut tetapi beliau perlu pergi ke sekolah. Jadi Li menawarkan diri untuk membeli kasut tersebut.

Dad Wait

Li mengakui mereka bukan orang senang kerana hanya berkerja sebagai pekerja penghantaran barangan sahaja tetapi beliau tidak kisah membelanjakan wang untuk anak beliau.

Adidas Yeezy 250 V2 ini dijual pada harga 8,800 TWD (~RM1,160). Di Taiwan. Begitulah kasih sayang ayah kepada anaknya. Harap anak Li tidak melupai jasa bapanya yang sanggup tidur di jalanan untuk membeli sepasang kasut Yezzy untuk dirinya.