Sekitar minggu lalu, tular sebuah video di mana terdapat sebuah pasangan yang berang apabila pihak pengawal keselamatan tidak menjaga anak mereka yang diletakkan di pondok pengawal serta turut memaki hamun.

Stiuasi yang berlaku turut mengundang komen daripada para netizen yang terkejut dengan tindakan pasangan ini yang sanggup meninggalkan anak mereka kepada individu yang tidak dikenali. Bukan sahaja netizen, isu turut menjadi perhatian pihak pengurusan apartment serta pihak polis.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, dilaporkan lelaki yang mengamuk dalam video berkenaan telah ditahan oleh pihak polis Daerah (IPD) Wangsa Maju. Difahamkan lelaki berkenaan tidak ditahan kerana kekecohan yang dibuat sebaliknya disebabkan terlibat dengan kes jenayah.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai. Sumber: the star

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya tidak mengambil tindakan undang-undang berhubung video tular di Sky Awani I kerana ia tidak melibatkan sebarang kekerasan jenayah.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada 27 Oktober lalu dan hanya membabitkan pertengkaran mulut antara pengadu dan pengawal keselamatan serta tidak membabitkan sebarang kekerasan jenayah. Oleh itu, tiada tindakan undang-undang diambil terhadap kedua-dua pihak.

Ketahui lebih lanjut mengenai isu yang berlaku melibatkan pasangan ini di mana mereka mereka telah tinggal anak dan memaki hamun pihak pengawal keselamatan.

Tinggal Anak Dan Maki Hamun Pengawal Keselamatan, Tindakan Pasangan Ini Raih Perhatian Netizen

‘Suka Cuci Baju Sebab Jumpa Banyak Harta’- Perkongsian Wanita Ini Undang Perhatian Netizen

Sumber