Semalam kecoh di pelbagai platform media sosial berkenaan sebuah rakaman video seorang lelaki memalsukan kod QR peti masjid kepada akaun peribadi. Ekoran insiden itu, ramai mahu lelaki tersebut dibawa ke muka pengadilan.

Terbaharu, lelaki tersebut telah pun ditahan polis setelah disyaki menukar atau memalsukan kod Quick Response Code Indonesia Standard (QRIS) pada tabung masjid dalam kejadian di sekitar Jakarta baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Lapor Kompas.com, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Metro Jakarta Selatan Kompol Irwandhy Idrus mengesahkan bahawa penjenayah itu ditangkap di kawasan Kebayoran Lama.

Ujarnya, penahanan suspek juga merupakan kerjasama antara Polis Metro Jakarta Selatan dan Jabatan Siber Metro Jaya. Walaupun suspek yang didakwa telah ditangkap namun Irwandhy enggan mendedahkan maklumat lanjut.

Jelas Irwandhy pihaknya telah melakukan siasatan ke atas suspek tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Metro Jaya. Beliau juga mengatakan bahawa suspek masih lagi disoal siasat dan segala maklumat akan diberikan kemudian.

Sumber