Sejak minggu lalu tular perkongsian video seorang lelaki menunggang motosikal dengan menggunakan kaki pada pemegang motosikal. Aksi bersahaja tersebut dirakam orang awam yang kemudiannya berkongsikan video tersebut di media sosial.

Aksi cuai lelaki tersebut yang mengendalikan motosikalnya dengan menggunakan tangan sambil meminum ‘air ikat tepi’ itu dipercayai berlaku di Jalan Kuching dan telah menyebabkannya dicari pihak polis pada hujung minggu lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selepas menyedari aksi berbahaya yang dilakukan itu tular dan dia sedang dikesan polis, lelaki tersebut pada semalam akhirnya menyerah diri di Balai Polis Trafik Tun HS Lee pada 8.45 malam menurut Harian Metro.

Positif dadah

“Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk menjalani ujian saringan air kencing.

“Keputusan ujian saringan berkenaan mendapati dia positif dadah jenis methaphetamine,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Susulan daripada penahanannya malam semalam, pihak polis juga difahamkan akan memohon reman bagi membantu siasatan yang akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Aksi tersebut walaupun kelihatan santai dan bersahaja namun pada masa sama boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.

Malah ia turut menerima pelbagai reaksi daripada netizen dengan rata-rata netizen mengkritik aksi berbahaya yang dilakukannya itu sebelum ini.

“Ada org kata itu terbaik..terbaik apanya kalau dia terjatuh tengah jalan atau terlanggar orang itu tak menyusahkan pengguna lain ke?

“Bukan macamtu caranya nak tnjuk hebat, itu perbuatan sia-sia,” komen netizen.

Baca juga kisah kereta Kelisa ini yang berjaya meredah banjir kilat di KL dengan tenang pada minggu lalu di pautan di bawah.

Sesuai Dengan Nama, Tonton Aksi Kelisa Ini Redah Banjir Dengan Tenang Di Kuala Lumpur

Jika Berlaku Kemalangan, Ini ‘Backup’ Penting Yang Penunggang Motosikal Perlu Tahu

Tiba-Tiba Keluar Dari Terowong, Lihat Aksi Berbahaya Kereta Ini Melawan Arus Di Lorong Motosikal

Sumber